29 May 2024

HAMIL ANAK KETIGA - EYRA HAZALI REDA HASRAT TIMANG ANAK KEMBAR TAK KESAMPAIAN : "RUPANYA DUA ANAK MAMA & PAPA, TAPI TIADA REZEKI... SATU TAK JADI"



"Rupanya dua anak mama dan papa, tapi tiada rezeki. Satu tak jadi. Tinggal satu saja anak mama dan papa. Tidak mengapa kami masih bersyukur di atas rezeki ini. Terima kasih Allah SWT."
Demikian tutur pelakon Eyra Hazali dimana dia mengumumkan kini sedang hamil anak ketiga, namun dalam masa reda apabila hasratnya dan suaminya, penjaga gol Perak FC iaitu Haziq Nadzli untuk menimang cahaya mata kembar tidak kesampaian apabila salah satu janin berada di luar rahim.

Berita tersebut dikongsikan Eyra menerusi satu video yang dihasilkan sempena kehamilan ketiga yang dimuat naik di akaun YouTube miliknya.

Dalam pada itu, menerusi perkongsian di Instagram pula, Eyra memberitahu, anak ketiganya itu dijangka bersalin pada September depan.

"Bertambah seorang lagi cinta dalam keluarga kami. Bayi nombor tiga bakal lahir. Saya minta doa yang baik daripada semua untuk kami sekeluarga memandangkan bayi kecil kami akan bersalin dalam masa empat bulan lagi. Terima kasih semua," tulisnya.

Untuk makluman, Eyra dan Haziq mendirikan rumah tangga pada 1 November 2019 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Hayder Qhalish, 4, dan Muhammad Endra Haqimie, 2.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: