"Saya perlu bekerja selepas habis 44 hari berpantang, mungkin juga tak sempat habis pantang. Ada baki dua hari lagi sebelum selesai pantang.
"Tapi saya tidaklah kerja setiap hari, ada jarak hari dan masa. Ada yang perlu ke China dan Hong Kong juga."
Itulah kata penyanyi Shila Amzah yang memberitahu, dia mungkin bakal kembali bekerja sebelum habis berpantang selama 44 hari termasuk terbang ke luar negara.
Klik untuk gambar besar
Pada 9 Mei lalu, Shila telah selamat melahirkan cahaya mata perempuan yang diberi nama Rhea Akira.
Untuk makluman, Shila Amzah dan Ubai mendirikan rumah tangga pada 4 Ogos 2023. Sebelum ini, Shila mempunyai cahaya mata dari perkahwinan terdahulu iaitu Seth Uwais.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment