29 May 2024

GELAGAT HISYAM HAMID 'VIDEO CALL' DENGAN ANAK PEREMPUAN TARIK PERHATIAN



Semua sedia maklum mengenai rumah tangga pelakon Hisyam Hamid, 39, dimana dia baru-baru ini mengesahkan sudah pun bercerai dengan isterinya, Rosmawati selepas 18 tahun hidup bersama sebagai suami isteri.
Bagaimanapun, Hisyam enggan mendedahkan tarikh perceraian mereka serta mengakui selesa menjalin hubungan baik dengan bekas isterinya itu.

Terkini, tul@r video yang dikongsikan di TikT0k milik Hisyam, memaparkan pelakon itu sedang membuat panggilan video bersama anak perempuannya dengan kapsyen, "Me trying to keep up!" berserta tanda pagar 'fatherdaughter'.

Menerusi video tersebut, Hisyam dilihat melakukan mimik muka comel serta gaya lucu ketika membuat panggilan video dengan anak daranya itu.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji kecantikan anak gadis HIsyam.

Tidak kurang juga, ramai yang mengucapkan selamat datang ke TikT0k kepada pelakon yang berasal daripada Singapura itu.

Untuk makluman, Hisyam mendirikan rumah tangga dengan Mel pada 2006. Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, Nurish Syameliah, 17, dan Haydeen, 15 tahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: