Sempena kejayaan dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), usahawan dan pemp£ngaruh media sosial, Kak KM telah menghadiahkan anak keduanya, Mohd Faris sebuah kereta Mercedes dan juga wang RM10,000.
Menerusi satu video yang dikongsikan, anak Kak KM atau nama sebenarnya, Liana Rosli, dilihat gembira ketika menerima hadiah kereta dan cek tersebut.
"Faris, sempena kejayaan abang.. first ni kereta... nombor dua.. ni dia (sambil menghulurkan cek)," katanya.
Sebelum ini, Kak KM dilihat mengalirkan air mata kerana terlalu gembira ketika menerima keputusan anaknya serta meluahkan rasa syukur apabila Faris memperoleh keputusan cemerlang 6A.
Ujar Kak KM, anaknya itu belajar bersungguh-sungguh dan mereka sekeluarga juga turut melakukan solat hajat bagi mendoakan anak keduanya itu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment