24 May 2024

ASHRAF MUSLIM TITIP NASIHAT : "NIAT KERANA ALLAH SWT... TIDAK KISAHLAH BERKAHWIN DUA, TIGA ATAU EMPAT, ASALKAN HUBUNGAN DIJAGA DENGAN BETUL"



"Ramai dalam kalangan kita yang berkahwin atas dasar suka, cinta dan mahu berkeluarga, tetapi semua itu sal@h. Kita perlu berbalik kepada asas semula dengan niat kerana Allah SWT.
"Dari situ, pasangan suami isteri akan mula sedar peranan dan tanggungjawab yang sepatutnya digalas mereka.

"Jadi, apabila mereka tahu peranan masing-masing, cara untuk menjaga hubungan itu bagi saya tidak kisahlah berkahwin dua, tiga atau empat, asalkan hubungan antara satu sama lain perlu dijaga dengan betul."

Demikian tutur pelakon Ashraf Muslim yang menitipkan nasihat kepada individu yang mahu mendirikan rumah tangga kembali kepada asas perkahwinan dengan membetulkan niat kerana Allah.

Dalam pada itu, ujar Ashraf lagi, setiap pasangan perlu tahu tanggungjawab dan rumah tangga yang ingin dibina bukan sekadar atas dasar cinta.

Sementara itu, ditanya mengenai kontr0versi pelakon Aliff Aziz, Bella Astilah dan Ruhainies, Ashraf berkata, ianya adalah uj1an buat mereka kerana dia juga pernah melalui situ@si sama.

"Proses yang mereka lalui itu, saya pernah lalui sebelum ini cuma pengakhiran mereka kita tak tahu macam mana.

"Jadi apa yang saya lihat sebenarnya ialah dug@an untuk kita yang melihat dan semua orang, ambillah yang terbaik sebab kita tak tahu apa yang akan berl@ku pada masa akan datang.

"Itu mungkin dug@an buat Aliff dan Ruhainies, jadi biarlah mereka ambil yang p0sitif untuk berubah menjadi lebih baik," katanya.

Untuk makluman, Ashraf berkahwin dengan isteri pertama Noor Dayana Lokman pada 30 Ogos 2011.

Kemudian Ashraf mendirikan rumah tangga bersama Wan Sakinah Ahmad pada 7 Julai 2013.

Pelakon itu dikurniakan empat cahaya mata bersama kedua-dua isterinya iaitu Sarah, Anas, Adam dan Safiyyah.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: