24 May 2024

"WALAUPUN BIDANG BERBEZA TAPI KAMI BERKONGSI MINAT YANG SAMA" - SAZZY FALAK AKUI BUKAN MUDAH UNTUK KEKALKAN KEBAHAGIAAN DALAM RUMAH TANGGA SELAMA 18 TAHUN



Pelakon dan pengacara, Sazzy Falak, 43, akui bukan mudah untuk mengekalkan kebahagiaan dalam rumah tangga yang dibina, sekali gus terus bertahan selama 18 tahun.
Bagi Sazzy atau nama sebenarnya, Sazlini Shamsul Falak, selain keserasian, dia dan suami, Nazril Idrus juga mempunyai minat yang sama.

"Walaupun bidang berbeza kerana saya dalam bidang hiburan tetapi suami pula menceburi bidang kewangan tapi kami berkongsi minat yang sama. Pada masa sama, suami juga pernah terb@bit dalam bidang hiburan sebelum ini.

"Contohnya, kami sama-sama meminati aktiviti bersukan. Kalau bercuti pula, kami akan pergi 'surf1ng' bersama dengan anak-anak. Anak-anak juga sangat aktif dalam aktiviti sukan seperti ragbi, hoki dan bola tampar di sekolah.

"Kami juga pernah berg@duh dan itu perkara biasa dalam rumah tangga. Kalau tak berg@duh maksudnya tak sayang," ujar Sazzy yang turut berkata, tiada larangan untuk mereka mengakses telefon bimbit masing-masing, ketika ditanya sama ada dia ada memeriksa telefon bimbit suaminya itu.

"Kami juga saling mempercayai antara satu Sama lain. Malah, kata l@luan (p@ssword) telefonnya juga sama dengan saya. Suami juga selalu minta saya untuk s£mak sesuatu di telefon bimbitnya. Tiada apa-apa yang hendak kami sor0kkan antara satu sama lain," tuturnya.

Untuk makluman, Sazzy mendirikan rumah tangga bersama Nazril pada 2006. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua anak perempuan kembar iaitu Iman Lily dan Tiara Rose yang kini berusia 13 tahun.

Sazzy dan suaminya itu kemudian mengambil seorang anak angkat iaitu Idris pada 2020.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: