24 May 2024

SELAMAT JALANI PEMBEDAHAN PINT4SAN JANTUNG - JAY JAY KINI SUDAH SEDAR



Pada jam 12.55 tengah hari, semalam, penyanyi popular, Jay Jay, 66, telah selamat menjalani pembedahan pint@san jantung di Institut Jantung Negara (IJN), di sini.

Isteri Jay Jay iaitu Zaitoon memberitahu, selepas pembedahan selama enam jam itu, suaminya itu kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

"Alhamdulillah, suami sudah selamat menjalani pembedahan. Doktor akan melakukan pemantauan seterusnya selama 12 jam lagi," jelas Zaitoon yang turut memberitahu, dia dan anak-anak juga terk£jut apabila mendapat tahu Jay Jay ada mas@lah jantung.

"Saya hanya tahu apabila dia tiba-tiba mendapat serangan jantung, baru-baru ini," katanya yang menemani suami bersama cucu-cucunya di wad.

Terkini, Jay Jay dilaporkan sudah sedar pada jam 7 pagi, hari ini selepas selesai menjalani pembedahan selama enam jam itu.

Perkara itu disahkan oleh penyanyi Rozita Rohaizad yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK), Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), dimana dia dimaklumkan oleh anak penyanyi itu, Cammy.

Klik untuk gambar besar

"Cammy beritahu dia dalam perjalanan ke wad dan diberitahu pihak IJN, bapanya sudah sedar pada jam 7 pagi tadi tetapi masih dirawat di ICU (Unit Rawatan Rapi).

"Buat masa ini, kami masih tidak menerima sebarang pelawat kerana mahu bapa berehat selama beberapa hari kerana dia masih lagi dirawat di ICU. Kami akan maklumkan bila boleh menerima pelawat selepas bapa dipindahkan ke wad biasa nanti," ujarnya.

Dalam laporan sebelum ini, Rozita berkata, dia dimaklumkan oleh anak penyanyi itu, dimana Jay Jay menjalani pembedahan selama enam jam di IJN sejak jam 8 pagi, semalam.

Ujar Rozita, Jay Jay atau nama sebenarnya Mohd Fauzi Darus, juga sudah dua minggu menjalani rawatan di IJN.

Terdahulu, penyanyi nasyid, Cheb Ali dan isterinya, Azura Aziz berkongsi berita mengenai keadaan Jay Jay dirawat di IJN akib@t mas@lah jantung di TikT0k.

Dia mendapat ser@ngan jantung ringan dan s£sak nafas ketika mahu menaiki bas dari Singapura ke Kuala Lumpur, baru-baru ini.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: