01 May 2024

BAKAL BERSALIN ANAK KEDUA MEI INI - MIERA LEYANA AKAN KONGSI WAJAH BAYI BILA NAK BESAR SIKIT



Pada pertengahan bulan Mei ini, pelakon Miera Leyana difahamkan bakal melahirkan anak keduanya hasil perkahwinan dengan Rosland Othman, secara pembedahan.
Disamping itu, Miera atau nama sebenarnya, Miera Leyana Datuk Seri Kasmi, 30, memaklumkan, dia dan suami tetap memilih untuk tidak berkongsi wajah bakal anak kedua mereka.

Jelasnya, dia memilih untuk tidak berkongsi wajah bayi keduanya yang akan dilahirkan nanti kerana bimb@ng dengan peny@kit Ain.

"Ketika anak pertama dulu, suami minta saya kongsi wajahnya di media sosial hanya selepas dia berusia setahun.

"Kami juga memilih untuk buat perkara yang sama untuk kongsi wajah bayi kedua kami nanti selepas dia besar sikit," ujar pelakon drama 'Memori Cinta Suraya' itu.

Dalam pada itu, Miera berkata, dia berasa bimb@ng dan akan lebih berhati-hati untuk berkongsi wajah anaknya pada zaman media sosial sekarang.

"Sekarang ini banyak orang yang has@d d£ngki dan kita nak kongsi wajah anak di media sosial pun jadi t@kut anak yang akan menjadi m@ngsa.

"Pada pandangan saya, orang tidak lagi 'supp0rt' (sokong) antara satu sama lain sekarang, sebaliknya lebih suka tengok kita j@tuh.

"Kalau kita kongsi berita gembira pun akan jadi memud@ratkan diri kita. Kalau dulu, bila kita kongsi berita gembira, orang akan mendoakan yang baik-baik baik juga," katanya.

Selain itu, ditanya mengenai kandungannya, Miera yang kini sarat mengandung sembilan bulan, memberitahu, dia juga memilih untuk merahsiakan jantina anak keduanya itu.

"Saya tengah tunggu masa nak bersalin sahaja lagi. Walaupun sudah sar@t, saya masih lagi bertenaga memasak untuk keluarga.

"Kehamilan kedua ini saya tak sempat nak mengada dengan suami seperti s@kit pinggang, sakit kaki dan kaki 'cramp's (kej@ng) sebab sudah ada anak sulung yang perlu diberi perhatian," tuturnya.

Untuk makluman, Miera berkahwin dengan Rosland Othman pada 26 Julai 2020. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan anak perempuan, Rachel Aisyah, 3 tahun.

Rosland yang juga usahawan itu turut memiliki lima anak dari perkahwinan terdahulu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: