01 May 2024

"DOKTOR DAPATI S4KIT TULANG BELAKANG SAYA BERPUNCA DARIPADA SEL KANS£R YANG MER£BAK" - PENYANYI NASYID IMAN HEART, ZEK AYRY KHAN



Anggota kumpulan nasyid Iman Heart, Zek Ayry Khan, 45, yang didiagnos kans£r pangkal hidung tahap empat itu tidak sangka beberapa simpt0m dial@minya sejak awal tahun menjadi petanda peny@kit berkenaan yang sudah mer£bak ke saraf serta tulang belakangnya.
Menurutnya lagi, dia didi@gnos menghid@pi kans£r tersebut selepas menjalani pembed@han implan tulang belakang di Hospital Sultanah Aminah (HSI) pada akhir Mac lalu.

"Dug@an kami bukan sikit, selang tiga tahun isteri disahkan kans£r payudara tahap dua, saya pula didiagnos kans£r pangkal hidung tahap empat pada awal April lalu.

"Saya sebelum ini mengal@mi mas@lah 'slipped disc'. Namun doktor mendapati s@kit tulang belakang saya berpunca daripada sel kans£r yang mer£bak. Saya dijadualkan menjalani rawatan radiot£rapi lebih 10 kali bermula seminggu lalu," katanya.

Kata Zek Ayry, dia tidak mampu membal@s jasa dan peng0rbanan isterinya, Noor Diana Hashim, 45, yang tabah memberi jagaan kepadanya walaupun masih belum bebas kans£r.

Jelasnya lagi, isterinya itu akan meneruskan rawatan radiot£rapi di HSI selepas terpaksa men@ngguh sesi rawatan bagi memberi jagaan kepadanya.

Tambahnya, buat masa ini, keluarganya juga hil@ng punca pendapatan apabila dia tidak dapat bekerja, selain hanya bergantung kepada pendapatan tidak menentu isterinya serta bantuan dua anak lelaki yang bekerja biasa.

"Sebelum ini saya menjadi pengamal perubatan tradisional. Namun kini tahap kesihatan kian merudum termasuk kaki kanan yang semakin mengecil serta kedua belah kaki menggel£tar dipercayai akib@t mas@lah saraf.

"Saya juga masih tidak dapat berjalan mahupun berdiri dan hanya bergerak menggunakan kerusi roda. Saya kuatkan semangat demi keluarga dan terus melaw@n peny@kit ini bersama isteri supaya kedua-duanya sembuh," tuturnya.

Sementara itu, isteri Zek Ayry dalam masa sama turut berterima kasih kepada Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) yang membiayai kos pembedahan suaminya sebelum ini.

"Buat masa ini saya kuatkan semangat untuk terus mengambil tempahan katering demi men@nggung perbelanjaan rawatan susulan suami mahupun saya mahupun sewa rumah walaupun doktor menyatakan sel kans£r saya mer£bak dengan agr£sif.

"Saya berharap mampu mendapatkan bantuan perubatan dan sara hidup dari MAIJ demi meneruskan kehidupan," katanya.

Pasangan berkenaan menerima kunjungan daripada Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Iskandar, Datuk Pandak Ahmad di kediamannya di Taman Impian Emas di sini, semalam.

Kata Mohd Fared, pasangan itu boleh memohon bantuan perubatan mahupun sara hidup demi meringankan beb@n.

"Saya berharap mereka tabah mengh@rungi uj1an b£rat ini," ujarnya.

Noor Diana diuji dengan bar@h payudara sejak 2021, selain menjalani pembed@han pembu@ngan ketumbuhan pada November tahun lalu selepas menjalani rawatan kemot£rapi sejak Disember 2021 hingga April tahun lalu.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan kepada Noor Diana Hashim di akaun Am Bank 1040070003182.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: