01 May 2024

"DIA (SARAH YASMINE) BANYAK TOLONG... DIA ORANG YANG BAIK" - AMIR AHNAF JELAS DIA KENAL SARAH YASMINE KETIKA DI ACARA DI SINGAPURA, KINI SUDAH TAK LAGI BERHUBUNG



Pelakon Amir Ahnaf, 24, baru-baru ini turut menjadi sebutan dalam kontr0versi dib0ngkar wanita Singapura, Sarah Yasmine yang masih hangat diperkatakan.
Berhubung namanya dikaitkan, Amir atau nama sebenarnya, Muhammad Amir Ahnaf Mohd Khairudin, berkata, dia tidak perlu bimb@ng akan hal berkenaan.

Jelas Amir, dia memang mengenali dan pernah berjumpa Sarah di acara CelebFest di Singapura tidak lama dulu, namun perkenalan itu habis di sana saja.

"Ketika itu saya berada di CelebFest selama tiga hari. Kebetulan gerai saya sebelah gerai Anna Jobling dan seperti kita tahu Sarah berkawan dengan Anna.

"Saya selalu lepak di belakang gerai untuk makan dan mereka ada di sebelah, jadi kami lepak bersama. Dia (Sarah) banyak tolong angkat barang dan dia orang yang baik," ujarnya.

Bagaimanapun, pelakon drama 'Project: High Council' itu memberitahu, dia sudah tidak lagi berhubung dengan Sarah selepas acara terb@bit.

"Kami kenal dekat situ saja, hanya sekadar makan sama-sama, duduk sama-sama. Selepas itu tak ada apa-apa dah. Memang kami tak ada berhubung. Tapi Sarah memang orang yang baik sebab dia selalu tolong kami dekat gerai itu," jelasnya.

Amir juga memang maklum dengan kontr0versi yang memb@bitkan ramai nama angkara pendedahan demi pendedahan dibuat Sarah. Namun, dia enggan masuk c@mpur.

"Saya sebenarnya jarang buka media sosial. Tempoh hari saya pergi Terengganu, bila sudah dapat tahu hal ini, nak cakap apa kan. Benda sudah jadi. Saya pun tak suka ambil tahu pasal hidup orang.

"Banyak benda lain nak fokus lagi. Kita doakan yang baik-baiklah, kawan-kawan kot. Sebab pus1ng-pus1ng, saya akan berlakon juga dengan mereka," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: