14 May 2024

BEKAS ISTERI ALLAHYARHAM ZAMZURI @ AYAU : "HARI INI (13 MEI 2024), SAYA KEBUMIKAN MAK SAYA & BEKAS SUAMI SAYA"



Bekas isteri kepada bekas penerbit dan wartawan Melodi, Allahyarham Muhamad Zamzuri Zaini atau Ayau, 50, iaitu Alita Aris berkata pemergian bekas suaminya itu serta ibunya, Rogayah Ahmad, 72, semalam (13 Mei 2024) satu kehilangan besar, selain turut berkongsi keakraban antara Zamzuri dan ibunya itu.

"Hari ini (semalam), saya kebumikan mak saya dan bekas suami saya. Dia dan mak saya memang rapat. Kedua-dua mereka pes@kit diab£tes, jadi mereka banyak berkongsi mengenai ubat dan baru-baru ini, dia belikan Ayau madu. Dia suruh Ayau makan.

"Arwah mak meninggal sebab ser@ngan jantung juga. Dia demam seminggu, kemudian barulah dia nak ke hospital. Bila dah ke hospital, dia okay dan tiba-tiba jantungnya berhenti pada Sabtu," katanya.

Sementara itu, berkongsi mengenai pemergian Zamzuri, Alita memberitahu, bekas suaminya itu j@tuh pengsan saat berada di Masjid Al Mujahideen, Damansara Utama dan pada ketika itu, Alita sedang memandikan jenazah ibunya.

"Sewaktu sedang mandikan jenazah mak, pakcik saya panggil saya keluar dan dia beritahu, Zam pengs@n. Saya terus berl@ri dan tengok orang dah ramai berkumpul. Ada yang bantu beri CPR juga. Memang ramai sebab semua tengah tunggu untuk solat jenazah.

"Mereka dah hubungi ambulan, tapi ambil masa yang lama juga. Sambil itu, ahli keluarga ada yang buat panggilan video dengan doktor yang bagi tunjuk ajar cara CPR.

"Saya suruh anak bantu ayahnya mengucap, kemudian saya pula ganti. Kemudian, saya hubungi keluarga dia. Kemudian, sebab lama sangat menunggu ambulan, kami ambil keputusan untuk bawa dia terus ke KPJ," jelasnya.

Tambahnya lagi, doktor cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan bekas suaminya itu, namun, usaha selama hampir 20 minit itu tidak berjaya.

"Saya dalam kereta dengan anak, saya tengok telinga dia dah biru. Tapi, saya teruskan mengucap. Bila sampai di unit kecemasan, kemudian doktor uruskan dan lima minit kemudian, doktor keluar maklumkan bahawa jantung dia sebenarnya dah berhenti waktu sampai hospital. Tapi, mereka akan cuba juga selama 20 minit.

Klik untuk gambar besar

"Memang selepas itu, dah nak masuk 20 minit, memang dah tak dapat buat apa-apa dah. Memang dari masjid, dia duduk di atas kerusi, waktu dia pengs@n dan j@tuh, itulah waktunya. Dia meninggal di samping anaknya," tuturnya.

Selain itu, Alita turut berkongsi mengenai hubungan dia dan Zamzuri selepas bercerai, dimana dia berkata, mereka masih bersahabat dan ada ketikanya keluar bersama anak mereka.

"Kami memang masih baik dan kadang-kadang keluar bersama anak. Dia ada sejarah s@kit jantung, buah pinggang, dan baru-baru ini mata dia dah tak nampak akib@t diab£tes. Sebelah dah memang tak nampak dan sebelah lagi dah macam semakin tak nampak.

"Dia memang nampak tert£kan sebab situ@si ini menyebabkan dia dah tak boleh keluar, naik MRT untuk jumpa anak dia sebab kami duduk berasingan. Dia selalu rasa nak pergi berjumpa anak, tapi keadaan kesihatan dia meng£hadkan pergerakannya.

"Sejak VSS pada 2022, dia pun dah tak bekerja sehingga kini. Memang banyak uj1an yang dia lalui," ujarnya.

Jenazah Zamzuri disempurnakan di Masjid Nurul Hidayah Kampung Pandan Dalam sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, Kuala Lumpur untuk disemadikan pada jam 4.57 petang tadi.

Sebelum itu, jenazah Rogayah pula dikebumikan Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9 Kota Damansara di sebelah pagi.

Allahyarham Zamzuri meninggalkan seorang cahaya mata, Muhamad Asyraaf Ziyad Muhamad Zamzuri, 12, hasil perkahwinan keduanya dengan bekas isteri, Alita Aris pada 2011 dan bercerai pada 2019.

Untuk makluman, Zamzuri pernah memenangi anugerah untuk kategori Rancangan Anugerah Terbaik menerusi rancangan Anugerah Juara Lagu 31 di acara Anugerah Skrin 2017.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: