14 May 2024

DALAM TEMPOH SEBULAN - DATUK RED 'HILANG DUA ISTERI, KINI SAH BERCERAI DENGAN DATIN RED SELEPAS ADIRA SUHAIMI



Nampaknya usahawan yang juga 'tikt0ker', Datuk Red, 46, kini tidak beristeri lagi selepas dia kini sah bercerai talak satu dengan isteri pertamanya, Datin Seri Sharifah Norshafila Hashim atau Datin Red, 38, pada jam 10.40 pagi tadi, di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala Selangor.
Datuk atau nama sebenarnya, Datuk Seri Adnan Abu bercerai dengan Datin Red selepas hampir sebulan bercerai dengan isteri kedua, penyanyi Adira Suhaimi, 32, iaitu pada 24 April lalu.

Sebelum lafaz dibacakan, Datuk Red dan Datin Red sempat bersalaman dan bermaafan buat kali terakhir. Kemudian, Datin Red memaklumkan, dia berada dalam keadaan suci dan tidak hamil.

Dalam pada itu, Datuk Red menjelaskan, dia bersetuju menceraikan Datin Red kerana tidak mahu memanjangkan lagi isu rumah tangga mereka dan memilih berpisah secara baik, walaupun sudah 18 tahun hidup bersama dan mempunyai lima cahaya mata.

"Saya dan bekas isteri (Datin Red) sudah berbincang dan sepakat mahu bercerai secara baik. Kami juga akan bersama-sama membesarkan anak-anak. Kalau saya teruskan (tak mahu cerai) nanti lagi panjang.

"Atas nasihat peguam, kami mencapai persetujuan perceraian (hari ini). Insya-Allah, anak-anak faham sebab mereka pun sudah besar," kata Datuk Red yang kini mahu fokus bekerja untuk meraih pendapatan bagi melunaskan hut@ng.

Sementara itu, Datin Red bersetuju untuk tidak membuat beberapa tuntutan terhadap bekas suaminya iaitu nafkah iddah dan mut'ah.

Ia berikutan, Datin Red memahami situ@si mas@lah kewangan dihadapi Datuk Red dan dia enggan menyusahkan bekas suaminya itu serta bert£kad akan berusaha sendiri mencari pendapatan menyara anak-anaknya.

Terdahulu, Datin Red memfailkan perceraian terhadap bekas suaminya itu pada penghujung Januari lalu, selain bekas madunya, Adira memfailkan perceraian pada 25 Oktober tahun lalu.

Bagaimanapun, ketika prosiding kes cerai mereka pada 18 Mac lalu, Datuk Red enggan menceraikan Datin Red kerana masih mahu menyelamatkan rumah tangga yang sudah lama dibina itu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: