03 May 2024

BEKAS SUAMI IRMA HASMIE NAFI ADA UNSUR ORANG KETIGA



"Keputusan (bercerai) secara bersama ini dibuat selepas perbincangan s£rius diadakan beberapa kali dengan mengambil kira semua pandangan dan akhirnya membuat keputusan untuk berpisah. Perkara penting adalah untuk kerjasama dalam 'co-parenting'.

"Saya dan Irma sudah pun menjalani proses perceraian pada tahun lalu," kata bekas suami pelakon Irma Hasmie iaitu Redza Syah Azmeer Mohd Radzuan, dimana dia tampil memperbetulkan sal@h faham atau 'miscommun1cation' yang berl@ku selepas berkongsi mengenai perkahwinannya dengan wanita dikenali sebagai Fiza di Instagram pada 28 April lalu.

Berhubung perkara itu, bekas suami Irma berkata, perceraian mereka adalah keputusan bersama selepas mengambil kira semua pandangan, selain menjelaskan, pernikahan dengan Fiza juga tidak mengambil masa yang lama dan mereka sudah berbincang untuk menjalani kehidupan rumah tangga bersama.

"Kami juga sudah mengambil kira pelbagai faktor seperti kebajikan kesemua anak-anak kami, restu kedua orang tua dan penerimaan keluarga kedua belah pihak. Jadi, tiada unsur orang ketiga. Ini kerana keputusan untuk bersama (kahwin) adalah selepas perceraian.

"Besar harapan kami untuk anda semua tenang, menghormati keputusan ini dan mengambil iktibar daripada cerita hidup kami. Tiada manusia yang berkahwin inginkan perceraian melainkan perkara itu lebih baik buat kedua-duanya," tuturnya yang memberitahu, Irma juga sudah diberitahu mengenai perkahwinan itu.

Klik untuk gambar besar

Menurut Redza lagi, dia mohon agar semua pihak menghormati priv@si dan sensit1viti setiap ahli keluarganya.

"Semoga kenyataan ini dapat menjelaskan status dan perkara yang sebenarnya. Sekali lagi saya dan keluarga sangat berterima kasih atas doa semua dan mengaminkan doa itu. Semoga Allah SWT merahmati dan meredai kehidupan kita semua, Insya-Allah," katanya.

Sebelum ini, perkahwinan Irma Hasmie bersama Redza Syah Azmeer dilaporkan sudah berakhir enam bulan lalu, selepas mendirikan rumah tangga pada 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata.

Berita itu disahkan rakan baik Irma iaitu Reen Emran menerusi Instagram Story yang kemudian dikongsikan pengacara serta penceramah motivasi, Amin Idris menerusi platform sama.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: