03 May 2024

"BILA TENGOK CERMIN NAMPAK SEORANG LELAKI YANG GAG4L... KALI INI, MEMANG TAK DAPAT DIMAAFKAN" - ALIFF AZIZ KATA BELLA ASTILLAH LAYAK BAHAGIA, TERIMA HAKIKAT MUNGKIN AKAN KEHILANGAN KELUARGA



"Untuk Bella, sejak benda ni berl@ku saya belum dapat bercakap dengan awak lagi. Bukan saya tak nak cakap tapi saya t@kut dengan apa yang saya akan rasa. Dan benda tu akan bawa saya kembali ke waktu-waktu saya meny£sal dulu.
"Terima kasih untuk perkahwinan ini, terima kasih untuk kasih sayang awak. Terima kasih dah melahirkan anak-anak yang comel untuk saya. Pada saat ini, bila saya tengok cermin saya nampak seorang lelaki yang gag@l.

"Apa yang saya buat kali ini, memang tak dapat dimaafkan. Saya kena terima hakikat yang saya mungkin akan kehilangan keluarga saya selamanya. Tapi Bella layak untuk bahagia dan mungkin Bella tak dapat kebahagiaan tu bila bersama saya."

Itulah kata penyanyi dan pelakon Aliff Aziz yang mengakui, tiada siapa mampu membuatkan dirinya rasa sempurna seperti yang dilakukan oleh Bella Astillah serta meletakkan kesal@han itu pada dirinya kerana tidak menghargai isterinya itu.

Menerusi temu bual di p0dcast bersama The Commonfolks SG, Aliff dalam masa sama turut memohon maaf kepada isterinya itu di atas apa yang berl@ku.

Bukan itu sahaja, malah Aliff juga mengucapkan terima kasih di atas perkahwinan mereka selama ini serta kasih sayang Bella, selain turut berterima kasih kepada isterinya itu kerana melahirkan anak-anak yang comel buat dirinya.

Dalam pada itu, Aliff turut memohon maaf sepanjang tujuh tahun perkahwinan mereka serta turut meminta maaf kepada ibu bapa mentuanya di atas apa yang berl@ku.

"Kalau waktu boleh diputar, saya akan betulkan kembali tapi itulah, hidup tidak begitu. Saya kena teruskan hidup. Saya doakan semoga awak bahagia. Saya harap awak juga dapat doakan yang terbaik untuk saya, keluarga saya dan hidup saya akan datang.

"Kepada Adrean dan Ara, kalau kamu tengok video ni, daddy minta maaf sangat-sangat. Banyak benda yang tak sepatutnya berl@ku. Daddy tak sepatutnya...," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: