24 May 2024

DIUNDANG BUAT PERSEMBAHAN DI CHINA - MARSHA MILAN LUAH RASA BANGGA



Nampaknya rezeki berpihak kepada penyanyi Marsha Milan, 39, pula apabila diberi peluang membuat persembahan kali pertama di China, bagi memperkenalkan Malaysia terutamanya budaya etnik Sabah.
Marsha yang berasa bangga diundang membuat persembahan di sana itu berkata, semestinya antara lagu dipersembahkan nanti adalah 'Sumandak Sabah' kerana kebetulan Pesta Menuai menjelang beberapa hari lagi.

"Kiranya saya akan sambut Kaamatan (pesta menuai) di sanalah. Kami akan berada beberapa hari di sana dan saya satu-satunya artis yang mewakili Malaysia nanti.

"Sebenarnya saya dirisik oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya untuk bersama-sama mereka ke Shanghai bagi mempromosikan budaya Malaysia. Ini juga kunjungan pertama kali saya ke China.

"Saya diberi peluang untuk membuat persembahan memandangkan bulan ini adalah Pesta Menuai di Sabah," kata Marsha atau nama penuhnya, Marsha Milan Londoh.

Dalam pada itu, Marsha yang dijadualkan berangkat hari ini, meluahkan rasa syukur segala persiapan ke sana banyak disediakan pihak kementerian.

Ujar Marsha, dia juga tidak sabar memberikan persembahan terbaiknya kepada rakyat negara itu.

"Disebabkan saya berada di bawah kementerian jadi semuanya disediakan termasuklah penari. Lagu-lagu yang saya akan persembahkan tentunya lagu rakyat Sabah selain lagu-lagu yang pernah masuk Anugerah Juara Lagu (AJL) seperti 'Kembali Terang' serta 'Cinta'," tuturnya.

Untuk makluman, Marsha menjadi penyanyi asal Sabah yang mendapat peluang beraksi di China selepas Bella Astillah.

Berhubung itu, kata Marsha, dia tumpang bangga dengan pencapaian Bella sebagai rakan senegeri.

"Saya bangga melihat Bella sebab selalu berharap akan lebih ramai artis dari Sabah berada dalam industri, mungkin sebab Sabah lebih jauh dan peluang lebih kecil. Jadi, saya gembira melihat pencapaian Bella dalam bidang nyanyian dan lakonan," ujarnya.

Sebelum ini, Bella terpilih mewakili Malaysia untuk mengadakan persembahan di Wuhu Shenshan Music Festival 2024 di China.

Persembahan ibu kepada cahaya mata itu di sana menjadi sorotan ramai apabila beberapa klip nyanyiannya tul@r di media sosial.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: