03 May 2024

DRAMA PELAKON BERMAS4LAH - RTM TANGGUH TAYANG DRAMA : "JANGAN MASA ARTIS ITU SEDANG POPULAR DIA DISANJUNG, TAPI APABILA ADA MAS@LAH DIA DIBU4NG"



"Saya tidak mahu menamakan mana-mana pelakon. Cuma, apa boleh dikatakan, isunya sedang menjadi perbualan sekarang... (dan) saya sudah menghubungi penerbit drama itu, memaklumkan RTM akan menangguhkan siaran dramanya.
"Bukan apa, apabila drama ditayangkan, pihak stesen perlu buat prom0si dan atur sesi temu bual bersama wartawan. Pada ketika itu nak jawab apa? Justeru, perkara sebegini sudah lama dibincangkan dengan semua pembekal drama yang mana kena pastikan tidak ada masalah sensit1f seperti tatasusila dan sosial. Malah, penerbit pun sudah sedia maklum.

"Kenapa kita berbuat demikian? Sebab apabila drama ditayangkan, mereka menjadi 'role model' kepada masyarakat," jelas Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia, Datuk Suhaimi Sulaiman yang memberitahu, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menangguhkan tayangan drama memb@bitkan pelakon yang namanya hangat diperkatakan susulan kontr0versi yang terc£tus.

Ujar Datuk Suhaimi, soal tatasusila dan sosial memb@bitkan pelakon sentiasa menjadi pertimbangan sebelum membintangi drama yang ditayangkan di stesen TV itu.

Menurutnya lagi, RTM tidak mahu mengambil tind@kan g@m atau 'bann£d' mana-mana pelakon yang bermas@lah, sebaliknya menggunakan pendekatan yang lebih halus iaitu memberikan rawatan psik0logi, jiwa dan khidmat profesional.

"Di RTM kita percaya sekiranya seseorang itu bermas@lah, dia kena mendapat pertolongan. Jangan masa artis itu sedang popular dia disanjung, tapi apabila ada mas@lah dia dibuang. Kita tidak tahu sama ada dia mempunyai mas@lah jiwa atau psik0logi yang memerlukan bantuan.

"Kita kena terima hakikat yang mana dalam dunia hiburan ini, apa saja boleh berlaku. Dalam perkara sebegini, kita punya pendirian kena bantu dan bukan sis1hkan," katanya.

Tambah Datuk Suhaimi, buat masa ini drama yang memb@bitkan pelakon berkenaan ditangguh siaran sehingga dia benar-benar mendapatkan rawatan profesional dan berubah ke arah lebih baik.

"Soal nak g@m ini takkan boleh selesaikan mas@lah. Jangan bunvh kerjaya seseorang artis itu. Bagaimanapun, sekiranya ia memb@bitkan sal@h laku jen@yah kita memang tidak boleh terima," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: