27 May 2024

HADIAH BUAT ARWAH IBU - ADIK UBAI RAIH 'STRAIGHT' A DALAM SPM



"Assalamualaikum mak, anak bongsu mak dapat straight A untuk SPM. Hajat dan impian mak tercapai."

Itulah tulis suami kepada penyanyi Shila Amzah iaitu pemp£ngaruh media sosial, Ubai MZ menerusi perkongsian di Insta Story.

Melihat pada hantaran itu, Ubai berkongsi berita gembira mengenai adik bongsunya, Alieya yang berjaya meraih keputusan cemerlang 10A dalam Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) yang diumumkan hari ini.

Ubai dalam masa sama turut meluahkan rasa syukur diatas kejayaan adiknya itu serta mengatakan hajat dan impian arwah ibunya, Allahyarham Rohani Jamal untuk melihat adiknya itu memperoleh keputusan cemerlang tercapai.

Klik untuk gambar besar

Ujar Ubai lagi, dia juga bangga dengan keputusan cemerlang adiknya itu, selain berkata, dengan berkat doa ibunya mereka semua berjaya.

"Sebak dan bangga kami. Anak-anak lelaki mak dulu cukup makan je result tapi Alhamdulillah, berkat doa mak, kami berjaya juga. Ubai rindu mak. Ini untuk mak," tuturnya.

Untuk makluman, ibu Ubai menghid@p kans£r 0vari tahap tiga dan meninggal dunia pada 30 Julai tahun lalu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: