27 May 2024

BERKAT DOA SOLAT HAJAT SETIAP HARI - KAK KM RASA BERSYUKUR & SEBAK ANAK LELAKI DAPAT 6A DALAM SPM



"Alhamdulillah, syukur dia memang anak yang bijak. Tak sangka dia berjaya dapat 6A. Saya lega sangat walaupun tak dapat smeua A tapi itu pun dah cukup bagi saya."
Tutur usahawan sens@si, Kak KM atau Liana Rosli yang berkongsikan video, dimana dia menemani anak keduanya, Mohd Faris mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pagi tadi.

Melihat pada video tersebut, Kak KM kelihatan sebak apabila mengalirkan air mata kerana terlalu gembira, selain meluahkan rasa syukur ketika menerima keputusan anak lelakinya itu yang memperoleh keputusan cemerlang 6A.

Berhubung keputusan anaknya itu, Kak KM berkata, dia tetap berbangga dengan keputusan Faris, meskipun tidak memperoleh semua A dalam mata pelajaran.

Tambahnya lagi, anaknya itu belajar bersungguh-sungguh dan mereka sekeluarga juga turut melakukan solat hajat bagi mendoakan anak keduanya itu.

"Faris memang betul-betul belajar hari-hari, sampai tak tidur malam. Kami pun buat solat hajat hari-hari untuk dia. Dia satu-satunya anak lelaki saya. Saya pun selalu cakap dia adalah harapan saya, itulah yang buat dia tertekan," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: