27 May 2024

DATUK RED PERTAHANKAN BEKAS ISTERI, ADIRA KELUAR BEKERJA WAKTU EDAH: "KOM1TMEN ADIRA SANGAT TINGGI... HARAPKAN SAYA PUNYA PENJUALAN DENGAN BAGI NAFKAH MEMANG TAK CUKUP"



"Kom1tmen Adira sangat tinggi, kena bayar rumah, bayar kereta, ada orang gaji dua orang, sara ibu di kampung. Dia juga ada syarikat yang mempunyai staf.
"Harapkan saya punya penjualan dengan bagi nafkah memang tak cukup. Nak tak nak dia kena kerja."

Demikian ujar usahawan Datuk Red yang tampil mempertahankan bekas isterinya, Adira Suhaimi yang dikec@m kerana dikatakan melangg@r edah apabila keluar bekerja ketika tempoh tersebut.

Jelas Datuk Red, bekas isterinya itu hanya keluar mencari rezeki untuk menyara keluarga serta menyatakan kom1tmen yang dit@nggung Adira sangat tinggi.

Tambahnya, Adira akan memaklumkan kepadanya setiap kali keluar rumah, meskipun hanya ke kedai dihadapan rumah sahaja.

"Yang bagusnya Adira ini, dia keluar rumah walaupun pergi ke kedai di hadapan rumah pun dia akan hantar 'live location' kepada saya. Apa pergerakan dia, saya tahu dan izinkan. Niat dia hanya cari rezeki.

"Kalau pergi ke 'show' pun, dia akan terus balik rumah. Tidak ada jumpa kawan untuk berseronok" katanya.

Sebelum ini, Adira menjawab pertanyaan netizen, dia keluar dalam tempoh edah selepas bercerai dengan suaminya itu adalah untuk mencari rezeki.

Menurut Adira, dia bercerai hidup dan bukan pasangannya meninggal dunia. Katanya lagi, jika dia duduk di rumah siapa yang akan mencari rezeki buat anak-anaknya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: