Berita pemergian penyanyi dan pelakon Nabil Zafril Zamanhuri, 37, atau lebih dikenali sebagai Nabil Mentor, semalam akib@t ser@ngan jantung telah meng£jutkan industri hiburan tanah air.
Terkini, ibu arwah Nabil iaitu Fatimah Abdullah telah berkongsi hasil laporan b£dah si@sat.
Menurut Fatimah, kesibukan kerja dan tidak menjaga pemakanan dengan baik mungkin menjadi fakt0r anaknya itu 'pergi' buat selamanya.
"Hasil p0st-mot£rm mungkin berpunca daripada gaya hidup tidak sihat, terlalu sibuk bekerja dan tek@nan. Jika dia mengubah gaya hidup sihat mungkin perkara ini dapat dibendung.
"Arwah memang ada niat nak buat pemeriksaan kesihatan tetapi apakan daya tak sempat," katanya.
Sementara itu, Fatimah tutur berkongsi, dimana beberapa hari lalu, Nabil ada menunjukkan tanda-tanda tidak sihat seperti s@kit perut dan suk@r bernafas, namun arwah mungkin tidak sedar petanda itu mengund@ng mas@lah pada kesihatannya.
Klik untuk gambar besar
"Mungkin petanda itu sudah ada, tapi sudah masanya dia 'pergi' dan sebagai ibu saya reda," ujarnya.
Dalam pada itu, Fatimah turut menyifatkan anaknya itu seorang yang taat dan pendengar setia. Malah katanya, arwah juga sentiasa ada apabila meminta pertolongan.
"Dia seorang anak yang taat dan pendengar setia. Dia seorang family man. Kalau saya minta tolong, cepat saja dia sampai ke rumah saya.
"Dia selalu nasihati saya untuk banyak bersabar. Kalau dia tidak sibuk, dia selalu datang ke rumah saya untuk menonton filem bersama," tuturnya.
Jenazah Allahyarham Nabil difahamkan telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, di sini, jam 6.20 petang, semalam.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment