07 May 2024

JENAZAH HAIL AMIR SELAMAT DIKEBUMIKAN - ANAK BONGSU LUAH RASA SYUKUR DAPAT CIPTA BANYAK MEMORI INDAH BERSAMA BAPA



Pada jam 11 pagi, hari ini, jenazah Allahyarham Datuk Hail Amir, 77, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana.

Suasana sedih dan hiba terlihat pada wajah semua yang hadir pada majlis pengebumian penyanyi dan popular era 1970-an ini.

Jenazah Hail atau nama pemuhnya, Abdul Hail Amir terlebih dahulu diurus dan disolatkan di Masjid Ukay Perdana pada jam 10.15 pagi sebelum dibawa ke tanah perkuburan sambil diiringi rakan-rakan artis dan peminat.

Sekitar 200 orang termasuk rakan artis seangkatan dan ahli keluarga hadir sejak awal pagi tadi bagi memberi penghormatan terakhir buat penyanyi dan pelakon popular era 1970-an ini.

Antara rakan artis yang hadir, Datuk Yusof Haslam, Datuk Freddie Fernandez, Datuk Dj Dave, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, Datuk Khatijah Ibrahim, Datuk M. Nasir dan Datin Marlia Musa, Uji Rashid, Datin Salwa Abdul Rahman, Mubarak Majid, Abon, Amran Nasruddin, Zed Zaidi dan ramai lagi.

Malah ada antara mereka yang sudah hadir menziarahi jenazah yang ditempatkan di Masjid Ukay Perdana sejak malam tadi, hadir semula pagi ini untuk bersama-sama berada pada upacara pengebumian Allahyarham Hail Amir.

Sebaik selesai talkin dan bacaan doa, ahli keluarga Allahyarham dan rakan-rakan artis diberi kesempatan menyiram air mawar dipusaranya.

Sebelum ini, Allahyarham disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL), kira-kira jam 3.48 petang semalam akibat jangk1tan paru-paru.

Klik untuk gambar besar

Sementara itu, anak bongsu kepada Allahyarham Hail Amir iaitu Lutfi Ameer, 26, memaklumkan bapanya itu sering menitipkan pesanan kepada mereka agar sentiasa menjaga diri.

Dalam masa sama, Lufti juga meluahkan rasa syukur apabila dapat mencipta banyak memori indah bersama bapanya semasa hayatnya ada.

"Memang tak dinafikan terlampau banyak kenangan dengan Papa. Dia seorang yang periang namun t£gas tapi bertempat.

"Rumah tak sunyi kalau ada Papa, sekarang Papa tiada lagi. Saya anggap kehilangannya seakan perginya seorang figura yang sangat penting dalam hidup saya.

"Bukan sahaja sebagai bapa tapi sebagai inspirasi buat kami adik beradik," katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana di sini, hari ini.

Bagi Lutfi, biarpun ayahnya sudah tiada dan pergi buat selamanya, karya-karya seni baik lagu dan filem yang ditinggalkan Allahyarham akan terus menjadi pengubat rindu mereka sekeluarga.

"Saya anggap itu adalah peninggalan paling berharga dan bonus pada kami sekeluarga yang tidak semua orang ada.

"Ada sesetengah orang mungkin meninggalkan tanah atau harta tapi papa tinggalkan kami dengan karya agung yang tidak ternilai harganya. Suaranya akan berkumandang sampai bila-bila," tuturnya.
Tambah anak lelaki tunggal daripada empat adik-beradik ini, meskipun sedih, dia bersyukur kerana bapanya menghembuskan nafas terakhir dalam keadaan tenang dan mudah.

"Satu keluarga tahu yang Papa ada mas@lah buah pinggang tapi tidaklah t£ruk mana sebab sudah lama makan ubat. Semuanya normal sebelum dia mengadu s@kit dan segera dikejarkan ke hospital sebab papa dalam keadaan lem@h.

"Selepas menerima rawatan beberapa hari, keadaan dia nampak macam okay dan papa sempat bergurau lagi dengan saya seperti orang sihat, tak sangka dia pergi secepat ini," ujarnya.

Dalam pada itu, menantu Allahyarham Hail Amir iaitu Muhammad Aiman Farhan Murza, 34, pula berkata, dia menganggap Allahyarham sebagai bapanya sendiri kerana sikapnya yang amat penyayang.

"Arwah penyayang terhadap cucu-cucunya dan saya sebagai menantu. Saya dah 15 tahun bersama keluarga ini dan dapati arwah sangat hebat.

"Saya dah anggap dia sebagai bapa sendiri kerana ayah saya dah meninggal dunia. Memang banyak kenangan indah dengan arwah. Kebetulan semalam adalah hari ulang tahun anak keempat anak saya, Cahaya Alis Qeisya, 7 tahun.

"Kelmarin, isteri saya sempat cakap dengan arwah, Papa kena cepat sihat sebab nak raikan birthday Qeisya. Dia jawab baik-baik. Tak sangka dia pergi semalam.

"Jadi tarikh ini kekal diingati dengan dua kenangan tersendiri," tuturnya yang berkahwin dengan Cintashafiyana, 34, dan mempunyai enam cahaya mata.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: