07 May 2024

"SAYA TAK NAK MENARUH HARAPAN T4KUT NANTI KECUND4NG LAGI" - DATUK RED AKUI DIRINYA MASIH TAK PERCAYA SUDAH BERCERAI



"Sejujurnya saya masih di awang-awangan…macam tak percaya. Tapi saya tak nak menaruh harapan t@kut nanti kecund@ng lagi.
"Macam sebelum ini saya menaruh harapan sangat apa yang saya impikan itu tidak jadi... saya pujuk pun sudah setahun jadi saya reda saja.

"Saya pun memang ada bercakap dengan Adira macam mana sekali pun, kita tak mahu berg@duh dan tak nak berl@ku perkara tak baik."

Itulah ujar usahawan Datuk Red yang memberitahu, dia seolah masih tidak percaya sudah berpisah dengan isteri keduanya, penyanyi Adira Suhaimi pada 24 April lalu.

Kata Datuk Red, dia reda menerima takdir tersebut serta menjaga hubungan baik dengan Adira demi anak-anak mereka.

Dalam pada itu, Datuk Red turut menjelaskan, meksipun selepas bercerai, rutin harian untuk meluangkan masa dengan anak-anak tidak berubah, apatah lagi mereka belum tahu mengenai perpisahan mereka.

Tambahnya, dia akan ke rumah Adira untuk menjaga anak-anak apabila bekas isterinya itu bekerja di luar kawasan.

"Saya masih lakukan rutin harian seperti biasa, selang sehari dengan Datin Red, bila giliran rumah Adira saya akan tidur di pejabat saya. Bila Adira kerja luar kawasan, sayalah pula tinggal di rumah dia bersama anak-anak.

"Kami jaga anak bersama macam sebelum ini. Anak-anak pun dapat kasih sayang dari keduanya. Supaya mereka tak tahu ibu bapa mereka sudah berpisah. Dia orang masih kecil lagi, belum masanya untuk beritahu," tuturnya.

Sebelum ini, rumah tangga Adira dan Datuk Red berakhir 24 April lalu selepas sembilan tahun melayari bahtera perkahwinan.

Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan empat orang cahaya mata, Anggerik, Asan, Anggun dan Ayob.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: