20 May 2024

PEROLEH IJAZAH UNDANG-UNDANG & PERDAGANGAN TERMASUK ANUGERAH DEKAN - WANI KAYRIE LUAH RASA SYUKUR



"Alhamdulillah. Saya dah selesai menamatkan pengajian ijazah sarjana muda dan Insya-Allah, sekiranya ada peluang, saya akan sambung ke peringkat Ijazah selepas ini."
Itulah kata penyanyi, Wani Kayrie, 24, yang meluahkan rasa lega dan syukur apabila memperoleh Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dan Perdagangan dalam Majlis Konvokesyen ke-33 Management and Science University (MSU) yang berlangsung di Shah Alam, kelmarin.

Bukan itu sahaja, malah, Wani turut menerima Anugerah Dekan dengan keputusan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.54.

Bagaimanapun, Wani berkata, dia masih menimbang tara sama ada ingin melanjutkan pelajaran dalam masa terdekat atau tidak memandangkan dia dan syarikat pengurusannya, Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd kini merancang untuk mengeluarkan album EP.

"Perancangannya kami nak keluarkan album EP dan lagu-lagu pun dah ada. Cuma belum teliti lagu yang sesuai untuk dimasukkan.

"Lagipun, saya dah agak lama berkarya di dalam industri muzik dan kerap keluarkan single. Saya rasa, dah tiba masanya saya fikirkan untuk album pula," ujarnya.

Dalam pada itu, ditanya mengenai masa hadapannya dalam bidang perund@ngan, Wani menjelaskan, dia menyimpan impian untuk mendalami ilmu undang-undang dengan lebih mendalam.

"Kalau di peringkat ijazah, saya nak belajar ilmu undang-undang dengan lebih mendalam. Mungkin lebih kepada ilmu berkaitan k0ntrak dan sebagainya.

"Jadi, ilmu ini dapatlah saya aplik@sikan dalam urusan kerjaya saya sebagai artis dan mungkin boleh memberikan khidmat nasihat undang-undang kepada mereka yang memerlukan termasuklah syarikat pengurusan sendiri," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: