31 May 2024

RAJA ILYA UMUM HAMIL ANAK KEDUA : "SUAMI YANG LEBIH TERUJA... TALITA LOVE PUN TAK SABAR NAK DAPAT ADIK..."



Pelakon Raja Ilya telah mengumumkan berita gembira dimana dia kini sedang hamil anak kedua, selain memberitahu suaminya, Trent Garrett dan keluarga mentuanya sangat teruja bila dapat tahu dirinya mengandung anak kedua, termasuk anak sulungnya, Talita Love yang tidak sabar apabila bakal dapat adik.
Kata Raja Ilya atau nama sebenarnya, Raja Ramilah Begum Raja Mohammad, 39, suami memang merancang untuk menambah anak dan membesarkan lagi keluarga mereka.

"Suami yang lebih teruja bila dapat tahu saya mengandung dari kami semua. Anak pertama, Talita Love pun tak sabar nak dapat adik dan selalu usap perut saya setiap pagi.

"Secara kebetulan, saya dan adik ipar (adik Trent) mengandung sekali. Kami juga akan melahirkan selang sebulan sahaja dan nampaknya keluarga mentua akan bertambah sibuk dengan empat bayi di sini," katanya.

Selain itu, Raja Ilya yang kini mengandung lima bulan, berkata, jika nak diikutkan, dia merancang untuk menambah anak pada tahun depan sebelum usianya 40 tahun.

"Saya dapat tahu diri mengandung pada penghujung Januari lalu. Alhamdulillah, tak sangka Allah nak bagi anak lebih cepat.

"Saya akan buat pemeriksaan jantina pada Julai nanti dan Insya-Allah, akan berkongsi jantina bayi yang dijangka lahir pada Oktober nanti dengan pengikut di media sosial.

"Kalau boleh kami mahu anak lelaki untuk dapat sepasang lelaki dan perempuan. Tapi, kalau dapat anak perempuan pun kami tetap terima," tuturnya yang kini menetap di Perth, Australia.

Dalam pada itu, ditanya pula mengenai al@han, Raja Ilya, berkata, dia bersyukur kehamilan keduanya itu berjalan lancar.

"Saya berasa lebih mudah tidak seperti ketika mengandung Talita dulu cuma pada trimester pertama sahaja berasa mu@l-mu@l dan pen1ng serta kena berbaring sahaja.

"Saya juga merancang untuk melahirkan anak kedua ini di King Edward Memorial Hospital (hospital kerajaan) di Perth.

"Saya juga akan lebih berh@ti-h@ti kerana ketika melahirkan Talita dulu ada banyak kompl1kasi dan kehilangan lebih dari satu lit£r dar@h ketika pembedahan ceas@rean.

"Semoga kelahiran kedua ini lancar dan dipermudahkan Allah," ujar Raja Ilya yang berkongsi berita dirinya hamil anak kedua melalui Instagram, semalam.

Untuk makluman, Raja Ilya berkahwin dengan Trent, 43, yang juga ahli perniagaan kelahiran Australia pada 2018 serta dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Talita Love, 2 tahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: