01 June 2024

ANUGERAH PENYIARAN ASIA PASIFIK 2024 - SURIA FM SEKALI LAGI BERJAYA RAIH PENGIKTIRAFAN



"Kami di Suria FM sangat bersyukur dan gembira di atas pengiktirafan antarabangsa daripada Anugerah Penyiaran Asia Pasifik 2024.
"Saya percaya bahawa kejayaan ini adalah hasil usaha dan komitmen padu daripada anak-anak buah saya di Suria FM yang sentiasa komited dalam menghasilkan produk dan kandungan berkualiti bagi semua pendengar setia kami.

"Terima kasih kepada pihak Penyiaran Asia Pasifik atas anugerah ini, juga kepada pendengar Suria yang sentiasa memberi inspirasi kepada kami untuk terus berinovasi dalam dunia penyiaran radio.

"Kejayaan ini tidak akan mungkin tercapai tanpa sokongan padu daripada anda semua," ujar Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid atau DJ Lin dalam satu kenyataan.

DJ Lin berkata demikian selepas stesen radio, Suria FM sekali lagi berjaya meraih pengiktirafan antarabangsa pada Anugerah Penyiaran Asia Pasifik 2024 bagi kategori Penstriman Radio Secara Langsung di Malaysia.

Berhubung kejayaan itu, DJ Lin berkata, pihaknya meluahkan rasa syukur dan terima kasih kepada semua pihak atas kemenangan terb@bit.

Anugerah berprestij itu disampaikan di Crowne Plaza Changi Airport, Singapura, semalam.

Anugerah Penyiaran Asia Pasifik bertujuan mengiktiraf inovasi dan kecemerlangan dalam projek yang memajukan industri penyiaran menerusi kandungan, inovasi dan digitalisasi.

Program ini terbuka kepada semua syarikat penyiaran dan rakan kongsi industri di sekitar rantau Asia Pasifik.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: