01 June 2024

ROSYAM NOR BERPENDAPAT ARTIS DAHULU & SEKARANG SAMA SAHAJA, PELUANG HARUS DIBERIKAN KEPADA PENDATANG BARU : "SAYA DULU BERLAKON PUN MACAM 'T4HI' JUGA..."



"Kalau anda ingat, macam mana dialog saya, 'Oh, peperiksaan'. Bodoh tak? Bodoh kan? Jadi, bagilah peluang kepada mereka (pelakon baru).
"Kadang-kadang mereka masuk ke dalam industri, mereka tak tahu lagi bagaimana 'permainan' dia. Tapi, lama kelamaan mereka akan berubah. Bagi masa dan peluang untuk mereka berubah."

Itulah ujar pelakon berbakat besar, Datuk Rosyam Nor, dimana dia berpendapat peluang harus diberikan kepada pendatang baru untuk membuktikan bakat mereka.

Rosyam memberikan pendapatnya apabila ditanya mengenai pandangan sesetengah artis senior yang melab£l artis baharu tidak berdisiplin dan lebih banyak kontr0versi berbanding bakat.

Berhubung itu, Rosyam berkata, ketika zamannya dahulu, ramai saja artis yang tidak berdisiplin. Malah, Rosyam turut mengakui ketika diawal pemb@bitannya lakonannya macam 't@hi'.

"Jujurnya, zaman saya dulu, ramai tak artis yang tak berdisiplin? Ramai. Tapi, apabila mereka dah matang, mereka berdisiplin kerana mereka tahu ini kerja mereka.

"Jadi, saya tak boleh terima kalau orang kata artis baharu ini tak ada disiplin, kayu, itu dan ini. Sama saja. Zaman saja berubah. Mereka orang baru kan. Saya dulu berlakon pun macam 't@hi' juga," katanya.

Ulas Rosyam lagi, kita harus mengikuti peredaran zaman dan tidak perlu mengec@m artis baru kerana artis dahulu dan sekarang sama sahaja.

"Zaman saya pun ada artis yang tak berdisiplin. Artis yang mengatakan artis hari ini tak ada disiplin, mereka pun dulu tak ada disiplin juga. Sama saja kan? Janganlah kita nak mengec@m artis baru.

"Apa, kau nak cakap artis dulu baik? Artis sekarang tak elok? Sama sahaja. Ada juga artis dulu terb@bit skand@l atau apa. Ada saja. Tapi, dulu media tak banyak seperti sekarang," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: