16 May 2024

ROZIE OTHMAN KATA SUAMI CUCUNYA ITU MAHU SYASYA IKUT KE LUAR NEGARA DENGAN IKATAN YANG SAH : "KALAU TIDAK (MAHU BERKAHWIN) NAK CARI ORANG LAIN"



"Suami Syasya nak sambung belajar dan mahu ikatan mereka sah sebagai suami isteri. Jika diikutkan Syasya masih belum bersedia tapi suaminya kata kalau tidak (mahu berkahwin) nak cari orang lain.
"Saya kec£wa juga apabila pulang dari Makkah dapat tahu Syasya nak bernikah. Saya ada tanya kenapa terg£sa-g£sa? Tapi mereka sudah rancang sejak awal. Tapi itu semua ketentuan dan kuasa Allah."

Itulah kata pelakon Rozie Othman yang juga nenek kepada bekas anggota kumpulan Dolla iaitu Syasya Rizal, dimana dia memberitahu, suami cucunya itu mahu Syasya mengikutinya ke luar negara dengan ikatan yang sah.

Dakwa Rozie, jika Syasya enggan menuruti permintaan untuk berkahwin, dia terpaksa melupakan hubungan mereka. Tambahnya lagi, Syasya ketika itu masih belum bersedia untuk berkahwin.

Selain itu, Rozie memaklumkan, suami Syasya tidak bekerja kerana bakal melanjutkan pelajaran ke luar negara selepas Hari Raya Aidiladha nanti.

Rozie dalam masa sama turut menitipkan nasihat kepada cucunya itu agar menjadi isteri yang solehah serta pandai menjaga diri ketika berada di luar negara kelak.

"Buat masa sekarang suami Syasya tak bekerja sebab akan sambung belajar tak lama lagi.

"Saya ada pesan pada Syasya agar dia jadi isteri yang baik dan solehah kepada suaminya dan sentiasa jaga diri apabila berada di tempat orang nanti.

"Kalau suatu hari nanti nak buat kemunculan semula, kena pandai bawa diri dan jaga nama baik suami," ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: