07 May 2024
"SAYA SUDAH TIDAK LAGI BERHUBUNG DENGAN ALIFF... BUAT APA NAK K£RUHKAN LAGI" - RUHAINIES MAHU TUTUP BUKU
Nampaknya sudah hampir dua bulan, isu yang meng@itkan nama dua pelakon, Aliff Aziz dan Ruhainies hangat diperkatakan sehingga ke hari ini.
Susulan kontr0versi tersebut, Ruhainies mendakwa dia sudah tidak lagi berhubung dengan suami kepada pelakon dan penyanyi Bella Astillah itu.
Ini kerana kata Ruhainies, dia sudah tidak mahu meng£ruhkan kontr0versi yang berl@ku dan hanya mahu fokus kepada kerjaya seninya sekarang.
"Saya sudah tidak lagi berhubung dengan Aliff. Buat apa nak k£ruhkan lagi. Saya nak tutup buku. Saya pun dah minta maaf. Rasanya semua pihak boleh 'move on'.
"Tiada keperluan untuk saya hubungi dia lagi. Jadi fokus saya sekarang adalah karier. Saya tak mahu memanjangkan isu ini. Saya tak mahu isu ini jadi lebih panjang.
"Bila ada kenyataan baharu, t@kut tiada penghujung. Semua orang termasuk netizen dah penat sebab isu ini sudah semakin melar@t hampir dua bulan," ujarnya.
Dalam pada itu, Ruhainies percaya Bella sudah maklum mengenai permohonan maafnya yang dibuat secara terbuka menerusi program hiburan Melodi.
Sementara itu, ditanya pula mengenai dakwaan dia berk0mplot dengan Aliff untuk menj@tuhkan isteri Aliff itu, Ruhainies bagaimanapun enggan mengulas pandangan orang luar mengenai perkara tersebut.
"Itu adalah pendapat siapa? Bukan saya. Saya tak boleh nak cakap lebih. Kalau saya menidakkan, orang cakap memang saya buat. Benda itu di luar kawalan saya. Saya tak mahu tegakkan apa-apa lagi," katanya.
Terdahulu, kris1s Aliff dan Ruhainies mula menjadi perbualan ramai apabila mereka ditangk@p khalw@t di sebuah kondominium mewah pada 9 Mac lalu.
Bella kemudiannya membuat keputusan untuk memfailkan cerai terhadap suaminya itu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 13 Mac lalu.
Tidak lama selepas itu, muncul pula seorang wanita Singapura dikenali Sarah Yasmine, dimana dia mengaku menjalin hubungan cinta dengan Aliff sejak Januari lalu.
Keadaan menjadi bertambah kec0h apabila Sarah dilihat menyebarkan segala perbualan WhatsApp antara Aliff dan Ruhainies yang mendakwa mereka bercinta, selain dikatakan menggunakan Aliff untuk menj@tuhkan Bella.
Untuk makluman, Aliff dan Bella mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment