05 May 2024

SEKALI LAFAZ - AFIFAH NASIR KINI ISTERI SYED HARIZ



Tahniah diucapkan kepada pelakon Afifah Nasir yang kini telah pun selamat bergelar isteri kepada pilihan hatinya, Syed Hariz dengan sekali lafaz.
Majlis pernikahan adik kepada pelakon Anzalna Nasir itu berlangsung di sebuah hotel terkemuka di sini, pada jam 4 petang, hari ini.

Menurut rakan baiknya Afifah yang juga pelakon iaitu Riena Diana, dia meluahkan rasa syukur apabila Afifah dan pasangannya itu sudah selamat bernikah.

"Alhamdulillah, Afifah dan Hariz sah bergelar pasangan suami isteri hanya dengan sekali lafaz.

"Majlis pernikahan mereka bertemakan warna putih dan diadakan secara tertutup serta dihadiri anggota keluarga dan rakan terdekat saja," katanya.

Difahamkan, majlis resepsi pasangan ini diadakan di lokasi yang sama pada sebelah malamnya.

Untuk makluman, Afifah bertunang dengan Hariz pada Februari lalu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: