08 May 2024

SEMPENA HARI LAHIR 19 MEI INI - CIK B POSING BERSAMA KERETA BARU RM1.7 JUTA, NOMBOR PLAT CB111



Amboiii... bukan main bergaya anak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Vida iaitu Cik B bersama kereta barunya jenama G Wagon Brabus G63 ini.

Sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-19 iaitu jatuh pada 19 Mei ini, Cik B telah berkongsi gelagatnya bersama kereta mewah itu menerusi media sosial miliknya.

Melihat pada perkongsian itu, Cik B bersama ibu dan juga adik lelakinya ke sebuah showroom dan kelihatan sebuah kereta ditutup dengan kain hitam berserta hiasan belon.

Klik untuk gambar besar

Kemudian, pekerja pusat pameran kereta berkenaan menarik kain hitam tersebut dan kelihatan kereta mewah milik Cik B berwarna hitam dengan nombor plat CB111 seperti namanya.

Dalam pada itu, Cik B turut menitipkan ucapan terima kasih buat ibunya sehingga dia berjaya membeli kereta mewah tersebut.
"Jadi, bulan lima ini adalah bulan kelahiran Cik B iaitu pada 19 Mei jadi Cik B beli Brabus Original.

"Terima kasih mama, tak boleh beli tanpa mama. Alhamdulilah, dikurniakan seorang ibu yang hebat, kata, pandai, bijak, comel dan cantik," tulisnya.

Perkongsian Cik B itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut mengucapkan tahniah di atas kejayaannya itu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: