09 May 2024

TELEFON BIMBIT SUAMI - ELLY MAZLEIN AKUI TAK 'CHECK' : "SAYA & SUAMI SALING PERCAYA ANTARA SATU SAMA LAIN & SENTIASA DOA YANG BAIK-BAIK BUAT RUMAH TANGGA KAMI"



Penyanyi, pelakon dan pengacara, Elly Mazlein atau mesra disapa Kak Lina Pom Pom, mengakui dia tidak pernah memeriksa telefon bimbit suaminya sepanjang tempoh empat tahun berumah tangga.

Ini kerana kata Elly atau nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 44, dia dan suami saling percaya antara satu sama lain dan sentiasa berdoa yang baik-baik buat rumah tangga mereka.

"Kalau kita check (periksa) phone (telefon bimbit) suami, ia sudah jadi macam hubungan t0ksik.

"Alhamdulillah, rumah tangga kami bahagia dan masih jauh lagi perjalanan kami. Saya dan suami saling percaya antara satu sama lain dan sentiasa doa yang baik-baik buat rumah tangga kami.

"Saya cakap dengan suami, papa (suami), mama percaya sangat dengan papa, tolong jangan musn@hkan kepercayaan mama pada papa.

Klik untuk gambar besar

"Papa (suami) pun sudah dewasa dan boleh fikir yang terbaik dan papa tengoklah anak-anak papa kalau nak buat yang bukan-bukan dan suami cakap dia takkan jadi seperti itu," ujarnya ketika diminta mengulas kebahagiaan rumah tangganya dan suami ketika ini.

Dalam pada itu, ibu kepada dua cahaya mata ini turut memberitahu, dia juga mengetahui kata laluan telefon bimbit suaminya, begitu juga sebaliknya.

"Suami juga tidak pernah periksa telefon bimbit saya sepanjang kami berkahwin. Saya percaya, apabila seseorang isteri mula mer@gui dan periksa telefon bimbit suaminya, mesti dia (suaminya) sudah pernah 'terkant0i' sebelum ini," katanya.

Selain itu, ulas Elly lagi, komunikasi memb@bitkan pasangan suami dan isteri sangat penting dalam menjaga keharmonian rumah tangga.
"Kita perlu sentiasa p0sitif dan berbincang dengan pasangan untuk mengel@k sebarang mas@lah.

"Isu semasa (perkara burvk) yang memb@bitkan rumah tangga pasangan artis juga mengajar kami lebih berh@ti-h@ti supaya ia tidak berl@ku dalam rumah tangga kami pula kerana kesian pada anak-anak yang masih kecil," tuturnya.

Untuk makluman, Elly berkahwin dengan Muhammad Azlan Che Nuh, 34, yang bertugas sebagai guru pada 18 Januari 2020 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Haider Mateen, 3.

Sebelum ini, Elly pernah mendirikan rumah tangga dengan pengarah Azmi Hatta, pada 9 November 2014 dan bercerai pada 15 Oktober 2015. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Putri Sara Sefhia, 8.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: