10 May 2024

"TERP£RANJAT JUGA KERANA SEBELUM INI SAYA TENGOK DIA MACAM SIHAT" - DATUK JEFFRYDIN SIFATKAN ALLAHYARHAM A HALIM SEORANG YANG SANGAT MENJAGA HUBUNGAN, SUKA BELANJA ORANG



Penyanyi pop yeh yeh, Datuk Jeffrydin, 77, mengakui dirinya terk£jut selepas dimaklumkan kem@tian rakan seangkatannya, Datuk A Halim, pada 6 Mei lalu, oleh isterinya iaitu Datin Rashidah kira-kira jam 10.30 pagi, baru-baru ini.

"Terp£ranjat juga kerana sebelum ini saya tengok dia macam sihat. Dia juga hadir menyokong konsert saya di Grand Barakah Hotel pada Julai 2022.

"Saya memang tahu dia ada s@kit tapi selepas itu keadaannya kembali okay. Difahamkan dia kembali s@kit selepas balik dari kebunnya. Itu dari cerita isterinya kepada saya.

"Hubungan kami baik sangat baik. Namun, saya dah jarang berhubung dengan dia kerana setiap kali telefon, dia tak jawab panggilan.

"Mungkin dia tidur atau kurang sihat, tak pastilah. Saya memang rajin telefon dia dulu," kata penyanyi lagu 'Mas Mona' ini.

Kongsi Jeffrydin, ada pengalaman lucu antara mereka apabila A Halim dem@m dan meluahkan perasaan bimb@ng sekiranya tidak dapat menyanyi di satu lokasi persembahan.

"Saya kata mudah saja, makan nasi dengan asam ped@s untuk sembuh. Dia ikut dan akhirnya malam itu dia boleh menyanyi dengan baik.

"Pernah juga, dia bersama arwah S Jibeng datang Kuala Lumpur dan tumpang bermalam di rumah saya lepas habis persembahan.

"Esoknya mereka terlepas penerbangan balik ke Johor gara-gara menunggu isteri saya masak nasi lemak. Mereka nak sangat makan. Terpaksalah mereka naik teksi balik Johor," tuturnya.

Klik untuk gambar besar

Dalam pada itu, bagi Jeffrydin, penyanyi lagu 'Kisah Dan Tauladan' itu sangat menjaga hubungan dan tidak ked£kut membelanja kawan-kawan semasa makan.

"Dia sanggup kata, nak mar@h, mar@hlah aku tetap nak bayar. Itu memang perangai dia yang sangat baik.

"Semasa kebangk1tan irama pop yeh yeh pada 1985, kami seronok apabila semua kawan-kawan kembali berkumpul dan menjayakan persembahan bersama.

"Apapun, pemergiannya satu kehilangan dalam industri muzik. Semuanya ketentuan Allah. Insya-Allah saya akan menziarah kuburnya apabila berpeluang ke Johor nanti," ujarnya.

Sebelum ini, A Halim atau nama sebenarnya, Halim Md Diah meninggal dunia di Hospital Penawar di Johor pada jam 10.01 pagi 6 Mei lalu.

Allahyarham yang berusia 77 tahun dimasukkan ke hospital pada 7 petang sehari sebelum menghembuskan nafas selepas mengadu s£sak nafas.

Difahamkan, Allahyarham mengal@mi lumpuh sebelah badan selepas dis£rang angin ahmar sejak lima tahun lalu.

Jenazah A Halim dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Cahaya, Masai, Johor, pada 7 Mei lalu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: