10 May 2024

BELLA ASTILLAH MENGALIR AIR MATA DENGAR UCAPAN AYDEN SEMPENA HARI IBU



Pelakon dan penyanyi Bella Astillah ketika hadir sebagai tetamu sebuah stesen radio itu telah mengalirkan air mata tatkala mendengar ucapan istimewa anak sulungnya, Ayden Adrian yang membuat k£jutan sempena Hari Ibu yang jatuh pada 12 Mei ini.

Dalam ucapan berkenaan yang diputarkan oleh penyampai radio, Ayden berjanji untuk menjaga ibu dan adiknya, Ara Adreanna apabila dewasa nanti, selain turut mengingatkan ibunya itu untuk sentiasa menjaga kesihatan apabila bekerja.

Lebih menyentuh hati apabila Ayden juga sempat menyanyikan beberapa rangkap lagu 'Ibu Ratu Hatiku' pada akhir ucapannya.

Klik untuk gambar besar

"Ayden janji dekat mummy, Ayden tak akan buat mummy sedih. Nanti bila Ayden sudah besar, Ayden akan jaga mummy dan adik.

"Mummy jangan kerja sampai penat tau nanti mummy s@kit. Mummy adalah ibu terbaik dalam dunia, Selamat Hari Ibu. Saya sayang mummy!" kata Ayden.

Dalam pada itu, Bella yang turut ditemani ibunya, Eina Astillah, memberitahu anak-anaknya adalah anugerah paling bermakna dalam hidupnya.
Walaupun anak lelaki Bella baru berusia tujuh tahun, namun kata-katanya yang ringkas dan padat itu membuatkan banyak pihak turut sebak dan mengalirkan air mata.

Untuk makluman, Bella mendirikan rumah tangga dengan penyanyi dan pelakon Aliff Aziz pada 9 September 2016. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua anak iaitu Ayden Adrian, 7, dan Ara Adreanna, 3.

Pasangan itu ketika ini sedang dalam proses perceraian selepas Bella memfailkan cerai terhadap Aliff pada 13 Mac lalu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: