13 May 2024

YUSOF HASLAM & ISTERI REDA JIKA SYAMSUL TAK MAHU PULANG KE RUMAH



"Pada peringkat awal, saya tidak nafikan kami terluk@. Bagaimanapun kami sudah reda. Tetapi, apabila masa berlalu, kami pun sudah tua dan semakin dekatkan diri pada Allah, jaga keluarga dan nikmati hari indah bersama anak cucu.

"Kenapa kita hendak ber@tkan otak kita. Kita doakan yang baik daripada jauh. Kalau suatu hari, dia (Syamsul) ingat hendak balik kepada kita, Alhamdulillah. Kalau tidak, kami reda."

Itulah kata penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam yang reda jika ditakdirkan anaknya, pengarah dan pelakon Syamsul Yusof enggan pulang ke rumah bertemu keluarga.

Ujar Yusof, dia dan isteri iaitu Datin Patimah Ismail hanya mampu mendoakan kesejahteraan anaknya, walaupun sudah tidak lagi bersua muka.

Dalam pada itu, akui Yusof, pada mulanya agak kec£wa dengan perbuatan Syamsul, namun tiada sekelumit rasa b£nci mahupun menyimpan dend@m terhadap anak sulungnya itu.

"Soal dia hendak balik atau tidak, terserah kepada dia. Tak ada ibu bapa yang b£nci anaknya. Saya sentiasa doakan yang terbaik untuknya.

Klik untuk gambar besar

"Ada orang cakap pada saya yang Syamsul berharap saya akan sokong filem terbaharu arahannya berjudul 'Original Gangster'.

"Saya jawab balik yang saya bukanlah jenis orang yang menyimpan dend@m. Saya tetap mahu dia berjaya. Kalau dia berjaya, orang akan cakap dia anak saya.

"Apapun biarlah masa dan keadaan yang menentukan," kata Yusof baru-baf Ru ini mengadakab majlis rumah terbuka serta sambutan ulang tahun perkahwinan ke-41.

Untuk makluman, Syamsul berkahwin dengan Ira Kazar yang juga anak kepada pelakon veteran, Kazar Saisi pada 6 Januari 2023 di Thailand.

Sebelum itu, Syamsul juga pernah berkahwin dengan pelakon Puteri Sarah Liyana pada 8 Mac 2014, namun bercerai pada 14 Jun 2023.

Hasil perkongsian bersama Puteri Sarah, Syamsul dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikul Islam, 7, dan Summayah, 5.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: