08 May 2024

YUSOF HASLAM KATA ARWAH HAIL AMIR TIDAK LUPAKAN KAWAN



"Filem kedua kami 'Jiwa Remaja' menampilkan Hail sebagai hero, manakala saya sebagai penjah@t pada 1975.
"Ini semua kenangan. Dia seorang kawan yang pada waktu namanya popular, tak pernah dia lupakan kawan.

"Saya pernah bawa dia buat persembahan pentas dan dia boleh lebih kurang dan tak banyak ragam.

"Saya kehilangan seorang kawan yang baik yang kita senang berbicara dengannya dan lagu-lagunya tetap menjadi kenangan terutama pada musim raya.

"Lagunya malar segar," ujar penerbit dan pelakon Datuk Yusof Haslam, 70, ketika ditemui di majlis pengebumian penyanyi dan pelakon, Allahyarham Datuk Hail Amir di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana di sini, semalam.

Dalam kenyataan itu, Yusof mendedahkan pengalaman manisnya bersama Allahyarham Hail Amir ketika sama-sama berlakon filem pada era 1970-an.

Menurut suami kepada Patimah Ismail ini, dia terb@bit dalam lakonan setahun lebih dari Hail dan mereka kali pertama bergandingan menerusi filem 'Permintaan Terakhir' yang turut dibintangi Uji Rashid.

Dalam pada itu, kata Yusof lagi, apabila bergelar penerbit, dia pernah menawarkan arwah Hail Amir berlakon dengan produksinya.

"Namun dia menolak. Dia macam agak b£rat sikit. Mungkin dia rasa tak sesuai untuk berlakon lagi," kata Yusof.

Selain itu, Yusof turut memberitahu, kali terakhir dia bertemu dengan arwah Hail Amir adalah pada majlis berbuka puasa di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) pada Ramadan lalu.

"Kami ada berbual-bual dan waktu itu saya tahu kesihatannya agak uzur. Saya tanya bagaimana keadaannya dan dia jawab okey.

"Tapi saya nampak dari wajahnya dia dah tak begitu sihat. Apapun sama-sama kita doakan yang terbaik buat arwah Hail.

"Moga beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan menjadi ahli syurga," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: