10 June 2024

ADIRA SUHAIMI BERHARAP HAFIZ SUIP DAPAT BANGKIT SEMULA : "SAYA DOAKAN YANG TERBAIK BUATNYA... DIA ADA 'TALENT' (BAKAT) YANG BUKAN SEMUA ORANG ADA"



Semua sedia maklum mengenai penyanyi Hafiz Suip, 34, dimana dia menganggap dirinya sudah tidak rel£van dalam industri muzik tanah air.
Berhubung kenyataan Hafiz itu, penyanyi Adira Suhaimi berkata, dia faham kenapa Hafiz bercakap begitu, kerana dia pernah melalui fasa turun naik dalam industri hiburan tanah air.

"Saya doakan yang terbaik buatnya dan minta dia bangkit semula sebab dia ada 'talent' (bakat) yang bukan semua orang ada. Ada masa kita juga berasa 'down'. Mungkin Hafiz tengah ''down' ketika keluarkan kenyataan itu.

"Saya percaya dia masih lagi mahu berada dalam industri muzik dan perlukan sokongan daripada semua terutama rakan-rakan," katanya.

Dalam pada itu, ditanya mengenai fasa turun naik, jelas Adira, ia adalah perkara biasa yang perlu dilalui semua artis.

"Saya sendiri pernah melalui fasa turun naik itu kerana kemunculan ramai artis baru yang jauh lebih muda dan memiliki pakej lengkap dari segi paras rupa yang kacak dan cantik.

"Artis perlu kuat dan terus bertah@n dengan segalanya untuk kekal berada dalam industri muzik. Kalau sudah masuk bidang nyanyian memang sus@h nak undur semula," ujarnya.

Selain itu, Adira turut menjawab persoalan bila kali terakhir berjumpa Hafiz, diman@ dia memberitahu, dirinya juga terb@bit dengan persembahan duet dengan Hafiz untuk lagu 'Ombak Rindu' di Singapura, dua bulan lalu.

"Saya tengok Hafiz okay saja. Saya juga ada bertanya mengenai badannya yang kurus dan dia beritahu kerana mas@lah slip disc (kes@kitan tulang belakang) yang dihad@pi.

"Hafiz beritahu dia tidak boleh melebihi berat badan yang ditetapkan supaya mas@lah yang dihad@pi itu tidak t£ruk. Kulitnya gelap juga kerana dia suka memancing," jelasnya.

Terdahulu, Hafiz membal@s pertanyaan peminat di media sosial yang merindukan zaman kegemilangannya dulu dengan memberitahu dia sudah tidak rel£van dalam industri muzik.

Bagaimanapun, rata-rata peminat tidak bersetuju dengan kenyataan itu kerana tahu kehebatan vokal bekas juara Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7) itu.

Sebelum ini, penyanyi yang popular dengan lagu 'Awan Nano' itu didakwa menghil@ngkan diri, susulan tind@kan meny@haktif atau 'de@ctivate' ak@un Instagram.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: