"Assalamualaikum semua, dimaklumkan ayah saya Kamaruldzaman Bakar (Kamal Bakar) sudah meninggal dunia sebentar tadi (1 pagi tadi). Mohon jasa baik semua untuk sedekahkan Al-Fatihah buat ayah saya."
Itulah tulis anak kepada pelakon veteran, Kamal Bakar, 62, iaitu pelakon Muhammad Hanis Kamaruldzaman di Facebook, dimana dia memaklumkan bapanya itu telah disahkan meninggal dunia kira-kira jam 1 pagi di Hospital Besar Melaka, hari ini.
Dalam masa sama, Hanis turut berkata, jenazah Allahyarham bapanya itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Baru, Melaka, pagi ini.
"Jenazah akan di bawa pulang ke rumah terlebih dahulu dan pada jam 11.30 pagi jenazah akan di bawa ke Masjid Bukit Baru Melaka untuk urusan mandi dan kafan.
"Solat jenazah akan diadakan selepas solat Zuhur dan kemudian akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Baru Melaka," tuturnya.
Klik untuk gambar besar
Sabtu lalu, Hanis memaklumkan, bapanya dalam keadaan naz@k dan keluarga diminta bersedia dengan sebarang kemungkinan.
Pada 3 Jun lalu, Kamal dikejarkan ke Hospital Melaka dan dua minggu kemudian dimasukkan ke Unit Kecem@san (ICU) selepas disahkan menghidap kanser paru-paru tahap empat.
Untuk makluman, Kamal memulakan kerjaya seni sejak 1970-an menerusi beberapa drama seperti 'Suami Aku Ustaz', 'Andai Itu Takdirnya', 'Orang Minyak' dan banyak lagi.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment