08 June 2024

AL-FATIHAH - WARTAWAN HIBURAN, HUZZ KEMBALI KE RAHMATULLAH SELEPAS D£RITA S4KIT KANS£R USUS TAHAP EMPAT



Takziah diucapkan kepada keluarga wartawan hiburan iaitu Kamal Huzaini Kamaludin atau lebih dikenali panggilan Huzz, 59, atas pemergiannya yang meninggal dunia pada jam 6.10 petang tadi.
Berita pemergian Huzz itu disahkan oleh adiknya yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bernama, Nur-ul Afida Kamaludin.

Difahamkan, Allahyarham Huzz yang mend£rita s@kit kans£r usus tahap empat itu berada dalam krit1kal sejak kebelakangan ini.

Beliau ditempatkan di rumah keluarganya di Pulau Pinang dan di bawah pemerhatian doktor selepas dikeluarkan dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 30 Mei lalu.

Terdahulu, Huzz terlantar di HKL untuk menerima rawatan sejak sekitar Mac lalu.

Untuk makluman, Allahyarham Huzz sebelum ini pernah bertugas sebagai Pengarang majalah URTV di Utusan Karya Sdn Bhd dan turut popular menerusi ruangan g0sip Sens@si Huzz di sisip@n Pancaind£ra, Mingguan Malaysia.

Selain itu, Allahyarham Huzz juga penulis lirik dan dikenali menerusi lagu nyanyian Ramlah Ram berjudul 'Keangkuhan Mu'.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: