08 June 2024

KINI BERGELAR IBU - AINUL AISHAH TIMANG BAYI PEREMPUAN, 'KARA ISABEL'



"Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah, kami bersyukur untuk berkongsi berita mengenai kelahiran bayi perempuan comel kami, Kara Isabel, pada 29 Mei 2024.
"Terima kasih atas semua doa, kasih sayang, dan perhatian anda sepanjang perjalanan kehamilan saya sehingga kelahiran bayi perempuan saya."

Itulah tulis pelakon Ainul Aishah yang berkongsi berita gembira, dimana dia telah pun selamat melahirkan cahaya mata sulungnya yang merupakan bayi perempuan, pada 29 Mei lalu di sebuah hospital swasta di Damansara.

Menerusi hantaran di Instagram, Ainul turut berkongsi nama yang diberikan kepada bayi perempuannya hasil perkahwinan dengan suami, Khalid Redzuan, dimana mereka sepakat memberi nama 'Kara Isabel'.

Selain itu, Ainul memaklumkan, keadaan terkini dirinya dan bayi serta memberitahu, dia kini menjalani proses berpantang di sebuah pusat penjagaan wanita berpantang.

"Ibu dan bayi berada dalam keadaan baik. Kami menikmati masa tenang bersama kami bertiga. Semoga Allah melindungi keluarga kecil kami dan melimpahkan kami dengan keberkatan serta kasih sayang yang melimpah. Syukur Ya Allah," katanya.

Untuk makluman, Ainul yang mendirikan rumah tangga bersama Khalid pada 18 September 2022.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: