18 June 2024

AMIR AHNAF MINTA PEMINAT JANGAN RIS4U, JELAS DIRINYA BUKAN SEORANG PEROK0K



"Saya tidak merok0k sebenarnya. Buat peminat yang ris@u, jangan bimb@ng. Saya bukan perok0k t£gar. Saya akan menjiwai watak dan sekiranya watak itu memerlukan saya merok0k, saya akan masukkan sepenuh jiwa dan hati ketika membaca skrip.
"Apatah lagi, saya kini kembali menjayakan filem 'Kahar Kapla High Council' yang dijangka mengambil tempoh penggambaran selama dua bulan."

Itulah jelas Amir Ahnaf, 24, yang memberitahu, dia bukanlah seorang perok0k, walaupun menghis@p rok0k ketika melakonkan sesuatu watak.

"Terima kasih kepada peminat yang risau akan diri saya. Teruskan menyayangi saya seperti mana say a little juga terus menyayangi anda semua," katanya yang turut mengakui, dia terharu dengan sikap prihatin peminatnya berhubung perkata itu.

Menerusi filem 'Kahar Kapla High Council' arahan Razaisyam Rashid, Amir bakal bergandingan dengan Aedy Ashraf dan beberapa pendatang baharu seperti Sky Iskandar, Thompson Goh serta Khenobu.

Dalam pada itu, Amir juga menyifatkan generasi muda sekarang lebih meminati naskhah dan watak yang lebih agr£sif berbanding genre romantik.

Ujar Amir, kehendak terhadap jenis watak yang agr£sif seperti 'b@d b0y' semakin tinggi ketika ini dan dia tidak kisah sekiranya kerap diberikan watak sebegitu.

"Mereka yang menyokong industri kita pada masa depan adalah generasi muda dan kita menginginkan sesuatu yang segar serta visual yang lebih memberi kepuasan.

"Jadi, jangan fokus sama ada seseorang pelakon itu layak jayakan sesuatu watak tetapi tumpukan pada apa yang penonton muda mahukan," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: