Penyanyi Ayda Jebat mengakui dirinya rasa sangat bersal@h sebagai ibu apabila tidak dapat meluahkan masa berkualiti bersama anak-anaknya.
Ini kerana kata Ayda, dia berk0rban untuk tidak tidur bersama dua anaknya yang masih kecil, bagi memberikan persembahan terbaik dalam program The Hardest Singing Show, yanh disertainya.
Tambah isteri kepada Nabil Mahir ini lagi, itu antara peng0rbanannya apabila menyertai program realiti yang sudah memasuki minggu keempat itu.
"Saya sudah beberapa hari tidak tidur bersama anak-anak saya. Antara peng0rbanan saya adalah tidak dapat meluangkan masa berkualiti dengan anak-anak. Ini kerana bagi memastikan persembahan dan aksi-aksi berjalan lancar, latihan perlu dijalankan dengan giat.
Klik untuk gambar besar
"Namun, saya bersyukur kerana mempunyai keluarga yang sangat membantu. Buat masa ini mereka menghulurkan tangan kerana memahami kom1tmen yang diberikan sepanjang pertandingan ini.
"Boleh dikatakan inilah yang paling sus@h sekali. Apabila tidak dapat meluangkan masa dengan anak-anak yang masih kecil. Defin1si 'h@rdest' itu untuk saya adalah pada bahagian ini," ujarnya.
Dalam pada itu, Ayda yang juga seorang pelakon ini berkata, suaminya banyak mer£ncana konsep dan jalan cerita persembahannya.
"Boleh dikatakan 100 peratus idea datang daripada Nabil. Saya bertuah kerana mempunyai pasukan yang sangat bagus dan membantu melancarkan segala apa yang sudah dirancang.
"Saya hanya ingin memberikan yang terbaik apabila berada di atas pentas. Malah, saya juga mengambil kelas vokal bagi memastikan suara terkawal biarpun melakukan aksi 'stunts' dan sebagainya," katanya.
Selain Ayda, program The Hardest Singing Show turut disertai Stacy, Aepul Roza, Putera Muhammad, Zizi Kirana, De Fam dan Aisha Retno.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment