20 June 2024

BEKAS SUAMI IRMA HASMIE LUAH RASA SYUKUR DAPAT LUANG MASA BERSAMA ANAK & ISTERI



"Alhamdulillah, dapat meluangkan masa bersama keluarga, mengeratkan hubungan, bina kualiti masa dan perhubungan.
"Semua yang berl@ku ada hikmah. Terima kasih dan saya sangat hargai baby (panggilan isteri), abang Irfan (anak sulung) dan kak Naylie (anak bongsu) kerana menjadi sumber kekuatan untuk daddy. Semoga kita bersyukur sentiasa, Insya-Allah."

Itulah kata bekas suami kepada pelakon Irma Hasmie iaitu Redza Syah Azmeer yang meluahkan rasa syukur dapat meluangkan masa bersama keluarganya.

Menerusi perkongsian itu yang menjadi perhatian, Redza memuat naik gambar memaparkan momen mereka sekeluarga bercuti dan berkelah bersama.

Dalam masa sama, Redza turut mengucapkan terima kasih kepada dua anaknya serta isterinya yang menjadi sumber kekuatannya.

Pada April lalu, Redza meng£jutkan ramai apabila berkongsikan foto pernikahannya bersama wanita pilihan hati di Instagram miliknya.

Kata Redza lagi, dia kini mahu memberi fokus kepada keluarga serta masa depan bersama isteri baru yang dikenali sebagai Nur Hafiza Mohd Salim.

Terdahulu, pada 1 Mei, status perkahwinan Irma dan Redza akhirnya terjawab apabila ia disahkan rakan baik Irma iaitu Reen Emran, dimana ia sudah pun berakhir enam bulan lalu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: