20 June 2024

TUJUH TAHUN BERSAMA - NORA DANISH & NEDIM NAZRI SAH BERCERAI TALAK SATU, NAFI MAS4LAH KEWANGAN PUNCA BERPISAH



Selepas sekian lama rumah tangga pelakon Nora Danish, 42, bersama Nedim Nazri, 41, yang dibina selama lebih tujuh tahun itu menjadi tanda tanya, akhirnya kini mereka disahkan bercerai talak satu, malam tadi.
Pasangan berkenaan bersetuju untuk berpisah secara baik menerusi pros1ding yang berjalan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, di sini.

Difahamkan, Nedim melafazkan talak satu di hadapan Hakim Syarie, Abdul Fattah Datuk Kamarudin pada jam 8.34 malam tadi.

Ketika ditemui selepas selesai pros1ding, Nora atau nama penuhnya, Nora Mohd Danish Hanif berkata, dia dan Nedim sangat mementingkan keharmonian kedua-dua keluarga, jadi enggan mengulas punc@ perpisahan kerana tidak mahu menimbulkan sebarang te0ri.

Selain sangat mengharapkan, orang ramai dapat mendoakan yang terbaik buat mereka sekeluarga, Nora dalam masa sama turut menyangkal dakwaan mas@lah kewangan jadi punc@ perpisahan.

"Saya dan bekas suami sudah mendapat persetujuan bersama untuk mengakhiri perkahwinan kami yang didirikan selama tujuh tahun. Ia berakhir di sini, malam ini.

"Apa yang paling penting, tujuan kami untuk membesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang dan p0sitif. Jadi, saya harapkan anda mendoakan yang terbaik buat kami dan keluarga.

"Saya harap anda semua dapat menghormati perpisahan kami dan tidak timbulkan sebarang teori. Ini kerana kami sangat mementingkan keharmonian kedua-dua keluarga dan anak-anak.

"Saya sangkal dakwaan mas@lah kewangan menjadi punc@ perpisahan. Kami sudah duduk berasingan sejak enam bulan lalu dan cuba selamatkan rumah tangga dibina tujuh tahun lalu, tapi tak berhasil.

"Kami hanya merancang, namun Allah menentukan segala-galanya. Anak-anaknya juga sedia maklum mengenai perpisahan, tetapi hubungan bersama anak tiri tetap baik.

Klik untuk gambar besar

"Kami memang baik, setiap manusia lalui ujian berbeza-beza. Tapi untuk capai tahap keredaan dan datang bersama ke mahkamah pada hari ini bukanlah mudah.

"Bagaimanapun, pengalaman sebelum ini mematangkan kami. Kami hanya ingin membesarkan anak-anak dengan kasih sayang dan p0sitif. Harap anda semua doakan yang terbaik," kata Nora yang diwakili oleh peguam syarie, Ahmad Badri Idris.

Dalam pada itu, Nedim atau nama sebenarnya, Mohamed Nedim Mohamed Nazri yang hadir tanpa peguam itu enggan mengulas lanjut mengenai perceraiannya dengan Nora.

Sebelum itu, Nora yang berjubah putih hadir bersama Nedim menaiki kereta kenderaan pelbagai guna (MPV) berwarna hitam pada jam 7.40 malam.

Disamping itu, peguam syarie mewakili Nora, mengagumi sikap p0sitif dan kerjasama baik diberikan anak guam serta bekas suaminya berhubung k£s perceraian. Kata Ahmad Badri, pros1ding cerai pasangan itu berjalan dengan sangat lancar atas kerjasama daripada kedua-dua pihak.

"Saya perlu tekankan bahawa kedua-dua pihak ini menunjukkan kerjasama sangat baik. Mereka juga pasangan baik. Bayangkan pada saat yang sukar seperti ini mereka boleh hadir bersama. Bukan senang, kan?

"Jadi, kita doakan sahaja pasangan ini. Cara pengakhiran perkahwinan sangat baik dan memberikan kerjasama baik. Saya rasa anak mereka pun mungkin tak tahu ibu bapa sudah bercerai.

"Malah, kedua-dua pihak tidak mengehadkan berkenaan jagaan anak-anak, semua berlaku seperti biasa, cuma yang beza mereka sudah bercerai. Ia tidak mengganggu anak-anak," jelasnya.

Dalam pada itu, Ahmad Badri juga mengakui, prosiding perceraian berlaku dalam masa singkat berikutan kedua-kedua pihak sangat p0sitif.

"Sudah tentu nak mendapatkan kerjasama baik kena pastikan semua isu sudah selesai. Kalau tidak, tak mampu buat sedemikian. Mutaah, nafkah dan edah juga tidak dibincangkan kerana ia adalah perkara 'sec0ndary'. Paling penting, ikatan.
"Tapi, hadanah ada direkodkan, namun buat masa ini, biarlah beri ruang dan doakan mereka. Sebab kata orang selepas bercerai ini bukan perkara mudah, ia 'makan dalam'. Jadi, doakan mereka kekal sebagai kawan sebab mereka ada anak," ujarnya.

Terdahulu, pasangan ini dilihat gembira meluangkan masa bersama tiga cahaya mata meraikan Hari Bapa, baru-baru ini.

Nora memuat naik perkongsian momen indah bersama keluarga dalam Instagram Story (IGs) itu dipercayai meraikan sambutan Hari Bapa pada 16 Jun lalu.

Pada 29 April lalu, Nora telah mendedahkan rumah tangga dengan Nedim yang dibina sejak 2017 itu berg0lak.

Akui Nora, dia dan Nedim berusaha menang@ni situ@si sebaik mungkin agar tidak terj@di perkara neg@tif yang boleh memberi k£san kepada anak.

Dalam reaksi bal@s beberapa hari kemudian, Nedim dilapor men£gaskan rumah tangga mereka masih dalam keadaan baik, sebaliknya, hanya 'g@duh-g@duh manja''.

Menerusi sesi 'live' di Instagram pula, Nedim dihujani pertanyaan daripada pengikut mengenai status rumah tangga bersama Nora.

"Tidak ada apa-apa pun, saya sayangkan isteri saya. Tolonglah, jangan buat lawak meng@rut. Janganlah cakap pasal berpisah, tak baik. Saya dan isteri masih baik, kami adalah rakan dan pasangan yang baik," tuturnya.

Untuk makluman, Nora dan Nedim mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl berusia enam tahun.

Sebelum ini, Nora pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau dikenali sebagai Jejai pada 20 Jun 2006 dan bercerai pada 2008. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan cahaya mata lelaki, Putra Rayqal, 15.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: