04 June 2024

BELLA ASTILLAH KATA DIA SUDAH LAMA 'MOVE ON' & CUBA HIDUP



Pelakon dan penyanyi Bella Astillah meluahkan rasa terkil@n dengan laporan sebuah p0rtal berita yang mendakwa hubungannya dengan suami yang juga penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz sudah kembali baik, selepas tarikh sebutan k£s perceraian mereka dilaporkan sudah ditunda daripada 4 Jun ke 13 Jun ini.
Dalam pada itu, menerusi perkongsian di Instagram Story, Bella atau nama sebenarnya, Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, memohon orang ramai termasuk p0rtal berita berhenti membuat tanggapan sendiri.

"Tak bermakna bila saya tak nak jawab, sangkaan anda semua itu betul. Saya minta tolong untuk berhenti buat tanggapan sendiri, dengar g0sip-g0sip dan akhirnya netizen yang tak tahu menahu yang hanya baca tajuk sahaja terus mengec@m saya.

"Saya sudah lama 'move on' dan cuba hidup tenang," kata Bella yang memberitahu, dia mempunyai alasan tersendiri mengapa memilih untuk tidak menjawab segala persoalan atau isu berkenaan dirinya.

"Saya sudah beberapa kali menolak untuk ditemubual sebab pada akhirnya akan terjadi berita sebegini. Jawab sal@h, tak jawab lagi lah dikata somb0ng. Bila wakil saya jawab, macam ni lah jadinya. Semua fakta dipus1ng. Saya hormat kerja media, tapi tolong hormat juga empunya badan," ujarnya.

Kris1s rumah tangga Bella terc£tus apabila suaminya yang berasal daripada Singapura itu ditangk@p khalw@t bersama pelakon Ruhainies di sebuah kondominium pada 9 Mac lalu.

Bella kemudian memfailkan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 13 Mac.

Lebih panas apabila muncul pula seorang wanita Singapura, Sarah Yasmine yang mengaku menjalin cinta dengan Aliff sejak Januari lalu.

Situasi semakin par@h apabila Sarah mendedahkan perbualan WhatsApp antara Aliff dan Ruhainies sehingga memb@bitkan ramai artis terkenal lain.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: