"Assalamualaikum semua, saya kat sini nak cakap saya sebenarnya bukan 'on off' bertudung. Saya pakai tudung hari itu sebab saya berniaga kat Kelantan.
"Jadi, peraturan di Kelantan, v£ndor-v£ndor di situ kena pakai tudung untuk menghormati peraturan di sana. Memang ada kat sana ada yang tak pakai tudung cuma kami sebagai v£ndor kena pakai tudung.
"Jadi, minta maaf mana yang sudah kec£wa dengan saya," jelas pelakon remaja, Qistina Raisah, dimana penampilannya baru-baru ini menjadi perhatian ramai apabila tampil mengenakan hijab, sekaligus mendapat reaksi p0sitif netizen.
Bagaimanapun, menerusi perkongsian di TikTok Qistina menjelaskan dia tampil bertudung kerana menghormati peraturan yang ditetapkan jika ingin berniaga di Kelantan.
Dalam pada itu, Qistina turut meminta orang ramai mendoakan yang baik-baik agar dia terbuka hati untuk bertudung sepenuhnya suatu hari nanti.
"InsyaAllah satu hari nanti. Korang doakan lah baik-baik, mana tahukan saya pakai betul-betul. Jadi, jangan cakap saya 'on off' sebab saya memang bukan pakai tudung. Saya pakai sebab pergi Kelantan," katanya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment