26 June 2024

FILEM 'ZIM ZIM ALA KAZIM' KUTIP RM3 JUTA SELEPAS 11 HARI TAYANGAN - MAWI LUAH RASA SYUKUR



Selepas 11 hari tayangan, filem 'Zim Zim Ala Kazim' telah berjaya mencatat kutipan sebanyak RM3 juta.



Berhubung kutipan tersebut, pengarah yang juga penerbit 'Zim Zim Ala Kazim' iaitu Mawi, 43, meluahkan rasa syukur.

Kata Mawi, dia tidak menyangka berjaya mengaut kutipan sebanyak itu dan berterima kasih kepada rakyat Malaysia, Brunei dan Singapura yang menyokong filemnya.

"Memang dari awal tayangan tempoh hari pun nampak sambutan filem ini bagus. Saya anggap apa yang terj@di adalah rezeki.

"Pertamanya orang tengok filem ini sebab nak tengok cerita Ustaz Kazim. Selepas tengok, mereka beri maklum bal@s p0sitif dari mulut ke mulut kata cerita ini menghiburkan mereka dan suka semuanya.

"Jadi dari situ, orang pun bertambah-tambah nak pergi tengok cerita ini di pawagam," ujarnya.

Menurut Mawi lagi, sasaran penonton filem ini juga tepat merangkumi semua golongan iaitu dari kanak-kanak sehinggalah kepada semua peringkat umur.

"Kebanyakan keluarga pula, sekali datang bawa 10 hingga 15 orang. Anak-anak pula bawa mak ayah sebab mereka nak tengok Ustaz Kazim.

"Biasanya Skim Wajib Tayang adalah untuk tempoh seminggu, tapi kalau ada sambutan pawagam akan kekalkan lagi tayangan dan takkan keluarkan filem ini.

"Setakat ini, selagi ada sambutan untuk minggu kedua, 'Zim Zim Ala Kazim' akan kekal lagilah. Tayangan pun banyak lagi," katanya.

Tambahnya lagi, disebabkan sambutan hebat, ada beberapa pawagam menambah lagi waktu tayangan filem ini.

"Asalnya ada lebih 40 tayangan. Sekarang dah jadi 60. Selepas dua hari, 'Zim Zim Ala Kazim' dapat sambutan dan permintaan tinggi, TGV tambah lagi pawagam menjadikan 74 pawagam menayangkannya.

Untuk makluman, filem 'Zim Zim Ala Kazim' yang mula ditayangkan sejak 13 Jun lalu itu diterajui Datuk Ustaz Kazim Elias dan turut menampilkan Mawi sendiri, Bell Ngasri, Anas Tahir, Elvina Chuah, Zarina Anjoulie dan ramai lagi.

'Zim Zim Ala Kazim' berkisar mengenai pendakwah popular, Datuk Ustaz Mohd Kazim Elias yang pernah terk£na peny#kit mist£ri akib@t disih1r.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: