Semua sedia maklum mengenai pasangan selebriti Aliff Aziz, 33, dan Bella Astillah, 30, dimana mereka sah bercerai buat kali kedua selepas Aliff melafazkan cerai talak satu pada jam 1.11 tengah hari di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Aliff yang merupakan seorang penyanyi dan pelakon asal Singapura itu bersetuju menyerahkan hak penjagaan penuh dua anaknya, Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4, kepada Bella kerana menganggap bekas isterinya itu adalah individu paling layak.
Berhubung perkara itu, Aliff berkata, keputusan yang dibuat adalah muktamad dan dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.
"Sebab dia adalah ibu kandung. Saya enggan mengulas perkara itu secara terp£rinci tetapi apa yang dibincangkan dalam mahkamah ini, itulah keputusannya," ujarnya Aliff yang bagaimanapun enggan menjawab soalan media ketika ditanya mengenai bila kali terakhir dia berjumpa dengan dua anaknya itu.
Klik untuk gambar besar
Selain itu, Aliff dalam masa sama juga belum bersedia untuk berkongsi mengenai hubungannya dengan Bella atau nama sebenarnya, Dayang Ara Nabella Awang Astillah.
"Ini bukan masa yang sesuai untuk bercakap mengenai hubungan saya dengan Bella tetapi mohon semua beri ruang dan masa. Alhamdulillah saya masih jalani fasa untuk berehat kerana ini sangat memenatkan untuk semua orang.
"Berkenaan rezeki, untuk saya ada satu keyakinan yang rezeki daripada Allah. Saya kini lebih kepada muhas@bah diri. Semoga yang baik akan berl@ku pada semua pihak," tuturnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment