13 June 2024

PERNIAGAAN RESTORAN NASI AYAM - SHIHA ZIKIR DEDAH BERD£PAN G4NGGUAN SIH1R



"Saya selalu dapat 'call' (panggilan) dari beberapa kenalan yang bertanya kedai nasi ayam saya dibuka pada hari apa dan kenapa kedai nasi ayam saya tutup sudah tiga hari?
"Saya terus bertanya kepada pekerja restoran betul ke kedai nasi ayam tutup dan mereka beritahu restoran buka macam biasa. Saya pun terdiam bila kenalan beritahu mereka sudah berhenti depan kedai tapi ia tutup."

Ujar penyanyi Shiha Zikir yang mendedahkan restoran nasi ayamnya, Shiha Zikir Nasi Ayam pernah berd£pan dengan g@ngguan ilmu hit@m atau sih1r sepanjang lebih setahun beroperasi di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Shiha atau nama sebenarnya, Nurshiha Mohd Zikir, 36, turut menjelaskan, dia juga selalu menerima panggilan dari beberapa kenalan yang mendakwa kedainya tidak beroperasi ketika mereka datang untuk makan di situ.

Ditanya mengenai g@ngguan sih1r lagi, penyanyi lagu 'Kalam' itu berkata, pada mulanya dia suk@r untuk mempercayai perkara berkaitan mist1k sedemikian.

"Pada mulanya, saya tak percaya perkara seperti itu tetapi sudah beberapa kenalan yang beritahu perkara yang sama. Saya juga ada ahli keluarga yang buka kedai makan juga dan beritahu g@ngguan seperti itu.

"Apapun, saya hanya berdoa banyak-banyak semoga Allah SWT permudahkan semuanya. Pada masa sama, saya juga ada berjumpa dengan ustaz minta doa yang boleh diamalkan untuk melindungi dari gangguan sedemikian," tuturnya.

Sementara itu, mengulas pula insid£n restoran nasi ayamnya di cawangan Kampung Baru yang dip£cah masuk tahun lalu, Shiha menjelaskan, itu pengalaman dan dug@an pertamanya ketika mula-mula membuka kedai makanan.

"Saya baru buka kedai nasi ayam tapi sudah dip£cah masuk dan dir0mpak dengan kerug1an mencecah RM20,000 pada tahun lalu.

"Saya hanya relaks sahaja bila dapat tahu kejadian itu dan belajar macam mana untuk kendalikan k£s itu dengan buat laporan polis dan sebagainya.

"K£s itu sudah selesai dan pencvri pun sudah ditangk@p oleh pihak polis," kata Shiha yang ditemui media pada majlis pelancaran cawangan kedua restoran nasi ayamnya di sini, semalam.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: