29 June 2024

HASRAT MILIKI SKUTER ELEKTRIK JADI KENYATAAN - BELLA ASTILLAH ANGGAP REZEKI & HADIAH



"Alhamdulillah, rezeki tak pernah salah alamat. Syukur pada-Mu Ya Allah, dapat motor. Saya anggap semua ini rezeki dan hadiah.
"Sebelum ini pun saya ada rancang nak beli tetapi asyik tert@ngguh. Lepas ini, bolehlah saya kongsi pengalaman hantar Ayden ke sekolah naik motosikal."

Itulah kata pelakon dan penyanyi, Bella Astillah apabila hasratnya untuk memiliki skuter elektrik idamannya menjadi kenyataan setelah dihadiahkan oleh GGR Motor dengan kerjasama Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (Irama).

Ia sebagai memenuhi janji yang dibuat oleh peneraju syarikat terb@bit, Muhammad Musaddiq Mohamed Azmi terhadap Bella sebelum ini.

Ujar Bella, dia sudah lama bercadang untuk membeli sebuah motosikal untuk menghantar anak lelakinya, Mohamad Ayden Adrean ke sekolah.

Berita gembira ini dikongsikan di TikT0k Acis Astillah yang memaparkan keterujaan ibu kepada dua cahaya mata itu.

Paling istimewa, skuter elektrik berwarna kelabu itu juga tertera plat nombor pendaftaran namanya iaitu BELL4.

Terdahulu, pada majlis hari raya anjuran GGR Motor (M) Sdn Bhd di Kampung Sungai Penchala pada 9 Mei lalu, Muhammad Mussadiq menyatakan hasrat untuk melantik Bella sebagai duta mereka, sekali gus mahu menghadiahkan sebuah skuter elektrik kepadanya.

Dalam perkembangan sama, GGR Motor turut menjalinkan kerjasama dengan Irama untuk menjadikan penggiat seni sebagai Duta jualan motosikal EV Bike Elektrik secara langsung kepada peminat-peminat mereka.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: