Baru-baru ini, pelakon Nora Danish menerusi laman instagram miliknya telah memuat naik foto dirinya tampil dengan imej berhijab di media sosial.
Melihat pada perkongsian itu, Nora atau nama sebenar, Nora Mohd Danish Hanif, 42, mengenakan 'hoodie' warna kelabu dan tudung rona hitam.
Sekalipun menutup ruangan komen, foto yang dikongsi Nora itu dihujani dengan tanda suka oleh rakan-rakan artis dan warga maya.
Klik untuk gambar besar
Untuk makluman, Nora dan Nedim mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl berusia enam tahun.
Nora turut mempunyai seorang lagi cahaya mata lelaki, Putra Rayqal, 15, hasil perkahwinan terdahulu bersama Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 20 Jun 2006, sebelum bercerai pada 2008.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment